About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Thursday, March 29, 2012

kau yang memberi aku bahagia..

ASSALAMUALAIKUM..

hari pertama saya ke sekolah tu untuk bengkel subjek , saya dah tanamkan dalam hati yang saya nak buat betul2 . saya taknak main-main sebab saya tau yang saya lemah dalam subjek tu . start daftar saya terus semangat . ye , semangat untuk belajar betul-betul . sepanjang bengkel , i focused on the teaching only . tanpa toleh kiri & kanan . masuk sesi petang , ok saya pindah tempat sebab tempat sebelum ni dah ada orang lain yang duduk . & something yang tak dijangka , saya jumpa kawan lama saya . duduk sebelah2 . so , mulalah macam2 cerita yang nak dikongsi . sampai saya agak leka . dia kenalkan saya pada awak . the first thing yang saya fikir tentang awak , nice ! awak nampak polite masa tu . then dia bagitahu saya lagi yang awak imam kat sekolah awak . i was impressed at that time . saya rasa 'wow' ! awak imam . so , saya segan sikit nak borak dengan awak . in fact , saya memang tak tegur awak pun time tu . yalah, siapalah saya kan . takkan saya nak tegur awak dulu kan , malu la saya.

that time masa saya tengah fokus semula pada teaching , saya tak tau la kenapa saya rasa nak tengok awak je . ya , saya mengaku agak tak sopan bila perempuan curi2 tengok lelaki . saya tau tu . tapi , saya tetap tak boleh nak tahan mata saya daripada tengok awak . kalau awak tengah fokus , saya mesti curi2 tengok muka awak yang nampak honest tu . terpikat ke saya ? ok, memang ya . that time saya rasa macam dah terpikat dengan awak . i admit that . tapi saya diam je . takkan saya nak cerita pulak kan . tak patut la macam tu . saya perempuan , saya tau batas saya . tapi saya cepat2 sedarkan diri saya . niat saya datang tempat tu kan nak tambah ilmu di dada . so, saya cuba lupakan perasaan yang mula membuai tu . sebab saya tak nak menaruh harapan . yalah , siapalah saya nak bergandingan dengan awak . tak layak rasanya . but then , tiba2 kawan saya beritahu something . dia cakap macam ni :

"Q TU ASYIK TENGOKKAN FADH JE DARI TADI"

saya terkejut sangat masa tu . betul ke ? awak asyik tengokkan saya ? kenapa ? i was curious at that time . tapi saya sedapkan hati . takkanlah awak tengokkan saya . tak ada sebab awak nak tengokkan saya . mesti awak tengok kawan sebelah saya kan ? yalah , kawan saya tu cantik . lebih cantik dari saya . takkan awak tengok muka saya yang tak cantik ni . ok , tu yang saya rasa & saya cakap kat kawan saya . then , kawan saya diam je la . mungkin dia pun fikir yang sama juga macam saya . ok , stop kat situ je pasal tu .

sesi malam pula , saya masih dapat tempat duduk yang sama . awak pun sama . but at that time , dewan tak ramai orang lagi . sebab tu saya , awak , & kawan2 kita yang lain masih dapat tempat yang sama . perasaan saya ? happy sikit la sebab masih dapat curi2 tengok awak . hihi . that time lambat lagi nak start program . so , saya borak2 dulu sampai puas sebab kalau dah start program nanti , susah pulak nak borak . tengah syok borak , my phone ade missed call . tengok2 , nombor tak kenal . so , saya malas nak layan . takut entah sapa2 je nanti . so , i just ignored it . then , i received another missed call from the same number . disebabkan nak tau sangat , saya missed call balik . then , kita main missed call je malam tu , entah berapa kali . tak lama lepas tu , ada message masuk & kata "hai". saya tak nak layan sebab saya tak kenal . tapi entah kenapa hati saya berat kata , yang itu awak . so , saya layan je & saya anggap itu awak . malam tu , kita texting banyak sangat . mula2 awak tak nak bagitau pun awak siapa . tapi saya tetap paksa awak sampai akhirnye awak admit that its you yang text saya .

AWAK , awak tau apa yang saya rasa waktu tu ? saya rasa badan saya menggeletar . saya tak tau kenapa . nak kata happy , mungkin . saya rasa macam mimpi yang awak text saya . saya bagitau kawan2 saya malam tu juga . tapi , awak tau apa yang diorang cakap ?

"DAH AGAK DAH , SEBAB TADI DIA ASYIK TENGOK FADH JE . TAPI FADH YANG TAK PERCAYA."

sejak tu , kita selalu text setiap kali free walaupun sekejap . hari ketiga bengkel tu , saya pakai baju warna kuning . awak text saya . awak cakap :

"SAYA SUKA TENGOK AWAK PAKAI BAJU TU . NAMPAK CANTIK."

ok , saya cakap awak pun nampak handsome dengan baju tu . hari terakhir program , saya mula terfikir , boleh kita jumpa lagi lepas ni ? yalah , awak kat mana . saya kat mana . sebelum saya naik bas pun saya tengok awak dari jauh je . takkan saya nak approach awak pulak . malu la saya . so , setakat tu je pertemuan kita . tapi , relationship kita tak habis kat situ je rupanya . 2  hari lepas tu awak confess kat saya  yang awak sukakan saya . i was like terkedu waktu tu . betul ke apa yang saya dengar ni ? saya tak salah dengar ke ? but then , you just asked me :

"BOLEH AWAK JADI GIRLFRIEND SAYA?"

saya diam je waktu tu . bukan saya tak rasa perasaan yang sama . tapi saya fikir , kalau saya terima awak macam tu je , betul ke tindakan saya ? tak cepat sangat ke ? then  i realized , kalau saya tolak , bila la moment macam ni akan ada ? lepas saya fikir , saya terus terima awak . saya bahagia sangat dengan awak . awak layan saya baik sangat . awak tak pernah marah saya even saya buat silap . awak cakap awak tak pandai marah . saya terharu sebab awak sangat menjaga hati saya .

LEPAS 8 BULAN,
saya rasa hubungan saya dengan awak macam dah tak ada hala tuju . saya dengan cara saya . awak dengan cara awak . saya makin sibuk . awak pun makin sibuk sejak awak masuk kolej . tapi saya continue Form 6 je . makin lama kita makin renggang . sampai satu masa , saya cakap dengan awak :

"HUBUNGAN KITA NI MACAM DAH TAK ADA HALA TUJU . KALAU MACAM NI LEBIH BAIK KITA BUAT HAL MASING2."

tapi awak tak nak . awak kata awak masih sayangkan saya . saya pun masih sayangkan awak . kita teruskan hubungan kita macam biasa . tapi saya bukan buta awak . saya nampak & saya rasa yang hubungan kita makain renggang . dan awak , makin lama makin menyepi . sebab tu , saya pun senyap je dari awak . saya dah pasrah , kalau setakat tu je hubungan kita , saya redha . saya doakan yang terbaik je untuk awak . since that time , kita sama menyepi & moment yang sangat tak boleh saya lupakan , when i tried called your number , then what i heard was :

"THE NUMBER YOU HAVE DIALLED IS NOT IN SERVICE."

hancur luluh hati saya waktu tu . rupanya betul2 awak dah pergi dari saya . saya sendiri . saya dah tak ada awak . tapi tak apa . saya kuatkan hati saya untuk terima hakikat yang saya dah kehilangan awak . saya sentiasa sematkan dalam hati saya yang awak akan kekal dalam memori saya . sejak tu , saya tak fikir tentang cinta lagi . saya lebih tumpukan pada pelajaran saya . saya nak buktikan pada semua orang , putus cinta tak bermakna saya akan gagal dalam hidup . walaupun saya akui , cinta pertama memang tak mudah untuk dilupakan . biarlah . masa yang berlalu akan menentukan segalanya . saya belajar dan terus belajar sampai akhirnya saya diterima masuk ke universiti . tapi yang paling mengejutkan saya , seminggu sebelum saya daftar , awak call saya . saya terkejut sangat waktu tu . saya tak sangka . & saya pelik , mana awak dapat number phone saya . satu lagi kejutan , rupa-rupanya one my best friend during Form 6 , sepupu awak . tak sangka , kecik dunia ni .

tak lama lepas tu , awak tanya saya satu soalan :

"KALAU SAYA NAK AWAK BALIK , AWAK SUDI TAK?"

seriously , i'm shocked . saya tak tau nak cakap apa waktu tu . tapi saya bagitau awak :

"SAYA TAK NAK AWAK MENARUH HARAPAN PADA SAYA . SAYA CUMA BOLEH CAKAP , BIAR MASA YANG MENENTUKAN . KALAU ADA JODOH , ADA LA."

dan awak pun nampaknya faham dengan keputusan saya . kita tetap tanya khabar masing2 even awak masih kat Selatan , tapi saya nun jauh kat Utara . makin lama , sekali lagi kita menyepi . few months saya kat U , saya ternampak post awak kat Facebook . awak post lirik lagu tu . mendalam maknanya . saya rasa macam nak menangis waktu saya baca post tu . kalau boleh , waktu tu juga saya nak beritahu awak yang saya masih sayang awak . tapi saya tak ada kekuatan . saya tak nak lukakan hati awak lagi . jadi , saya buat keputusan yang saya akan lepaskan awak . lepaskan untuk mencari bahagia awak sendiri . saya redha .

setahun lepas tu , saya tengok ada perubahan kat wall awak . & akhirnya saya nampak yang awak 'in a relationship' . saya akui yang hati saya sangat sakit untuk terima hakikat yang awak dah ada yang lain . saya kecewa . tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya dah buat keputusan untuk lupakan awak . sekarang saya dah masuk semester 4 & 25/3 yang baru lepas ni awak sambut birthday . saya nak sangat wish for your birthday . kalau boleh malam tu jugak saya nak wish . tapi hati saya larang saya buat macam tu . jadi , saya letak phone saya jauh2 sebab saya takut saya tak kuat then saya text awak . saya tak nak . tapi tepat jam 1.27 pagi , saya dapat call . bila saya tengok , nombor awak ! saya nak sangat jawab , tapi hati saya kata tak boleh . saya berbelah bahagi , nak angkat atau tak . akhirnya saya biar je sebab saya fikir , saya tak nak girlfriend awak fikir yang bukan2 kalau sayang jawab call dari awak .

esoknya , saya tengok wall awak lagi & saya terbaca post dari kawan awak . dia kata yang awak kekuar dengan girlfriend awak that day . ok , i admit that hati saya tetap rasa sakit . tapi kan saya dah janji dengan diri saya . saya redha awak pergi dari saya . saya redha yang awak dah ada pengganti saya . saya pernah cuba lupakan awak . bukan sekali , tapi banyak kali . sekarang , saya pasrah sebab mungkin segala yang berlaku ada kekhilafan dari diri saya jugak . awak tetap kekal dalam memori saya & saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak dari jauh . but , one thing for sure , sampai sekarang saya tak boleh dengar lagu yang pernah awak post sebab at the end , saya akan rasa sebak . biarlah . semoga awak bahagia dengan kehidupan awak . & saya tetap dengan kehidupan saya yang teramat susah nak terima lagu Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu..


note : biar takdir yang menentukan jodoh aku.

Tuesday, March 27, 2012

7 hAri mEnciNTaiKu..

assalam...
here..


nothing much to say...
i was so busy with my assignmentsss n so on...
just wanna say here that im curi2 baca novel ni which is baru je beli...huhu....
very nice story...
and i love it very much ! :)
thats all..thanks for your little time..:)


Monday, March 12, 2012

HapPy BirThDaY to Me !!

as mentioned on the title, u guys should have known that i'd celebrated my 22nd birthday recently..
actually, bukan la recent sangat..
my birthday was at 4th March 2012..
so, happy birthday to me!!
takde gambar kek nak letak kat sini sebab tak sempat nak amik gambar kek tu..huhu...
teruk saya dikerjakan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab tu...
anyway, thats for sure one of my best moment here...
just can say thanks a lot to them for such a big surprise that they'd given to me...
THANK YOU SO MUCH guys !!
you guys are my best friend forever..

sekian~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...