hari pertama saya ke sekolah tu untuk bengkel subjek , saya dah tanamkan dalam hati yang saya nak buat betul2 . saya taknak main-main sebab saya tau yang saya lemah dalam subjek tu . start daftar saya terus semangat . ye , semangat untuk belajar betul-betul . sepanjang bengkel , i focused on the teaching only . tanpa toleh kiri & kanan . masuk sesi petang , ok saya pindah tempat sebab tempat sebelum ni dah ada orang lain yang duduk . & something yang tak dijangka , saya jumpa kawan lama saya . duduk sebelah2 . so , mulalah macam2 cerita yang nak dikongsi . sampai saya agak leka . dia kenalkan saya pada awak . the first thing yang saya fikir tentang awak , nice ! awak nampak polite masa tu . then dia bagitahu saya lagi yang awak imam kat sekolah awak . i was impressed at that time . saya rasa 'wow' ! awak imam . so , saya segan sikit nak borak dengan awak . in fact , saya memang tak tegur awak pun time tu . yalah, siapalah saya kan . takkan saya nak tegur awak dulu kan , malu la saya.
that time masa saya tengah fokus semula pada teaching , saya tak tau la kenapa saya rasa nak tengok awak je . ya , saya mengaku agak tak sopan bila perempuan curi2 tengok lelaki . saya tau tu . tapi , saya tetap tak boleh nak tahan mata saya daripada tengok awak . kalau awak tengah fokus , saya mesti curi2 tengok muka awak yang nampak honest tu . terpikat ke saya ? ok, memang ya . that time saya rasa macam dah terpikat dengan awak . i admit that . tapi saya diam je . takkan saya nak cerita pulak kan . tak patut la macam tu . saya perempuan , saya tau batas saya . tapi saya cepat2 sedarkan diri saya . niat saya datang tempat tu kan nak tambah ilmu di dada . so, saya cuba lupakan perasaan yang mula membuai tu . sebab saya tak nak menaruh harapan . yalah , siapalah saya nak bergandingan dengan awak . tak layak rasanya . but then , tiba2 kawan saya beritahu something . dia cakap macam ni :
"Q TU ASYIK TENGOKKAN FADH JE DARI TADI"
saya terkejut sangat masa tu . betul ke ? awak asyik tengokkan saya ? kenapa ? i was curious at that time . tapi saya sedapkan hati . takkanlah awak tengokkan saya . tak ada sebab awak nak tengokkan saya . mesti awak tengok kawan sebelah saya kan ? yalah , kawan saya tu cantik . lebih cantik dari saya . takkan awak tengok muka saya yang tak cantik ni . ok , tu yang saya rasa & saya cakap kat kawan saya . then , kawan saya diam je la . mungkin dia pun fikir yang sama juga macam saya . ok , stop kat situ je pasal tu .
sesi malam pula , saya masih dapat tempat duduk yang sama . awak pun sama . but at that time , dewan tak ramai orang lagi . sebab tu saya , awak , & kawan2 kita yang lain masih dapat tempat yang sama . perasaan saya ? happy sikit la sebab masih dapat curi2 tengok awak . hihi . that time lambat lagi nak start program . so , saya borak2 dulu sampai puas sebab kalau dah start program nanti , susah pulak nak borak . tengah syok borak , my phone ade missed call . tengok2 , nombor tak kenal . so , saya malas nak layan . takut entah sapa2 je nanti . so , i just ignored it . then , i received another missed call from the same number . disebabkan nak tau sangat , saya missed call balik . then , kita main missed call je malam tu , entah berapa kali . tak lama lepas tu , ada message masuk & kata "hai". saya tak nak layan sebab saya tak kenal . tapi entah kenapa hati saya berat kata , yang itu awak . so , saya layan je & saya anggap itu awak . malam tu , kita texting banyak sangat . mula2 awak tak nak bagitau pun awak siapa . tapi saya tetap paksa awak sampai akhirnye awak admit that its you yang text saya .
AWAK , awak tau apa yang saya rasa waktu tu ? saya rasa badan saya menggeletar . saya tak tau kenapa . nak kata happy , mungkin . saya rasa macam mimpi yang awak text saya . saya bagitau kawan2 saya malam tu juga . tapi , awak tau apa yang diorang cakap ?
"DAH AGAK DAH , SEBAB TADI DIA ASYIK TENGOK FADH JE . TAPI FADH YANG TAK PERCAYA."
sejak tu , kita selalu text setiap kali free walaupun sekejap . hari ketiga bengkel tu , saya pakai baju warna kuning . awak text saya . awak cakap :
"SAYA SUKA TENGOK AWAK PAKAI BAJU TU . NAMPAK CANTIK."
ok , saya cakap awak pun nampak handsome dengan baju tu . hari terakhir program , saya mula terfikir , boleh kita jumpa lagi lepas ni ? yalah , awak kat mana . saya kat mana . sebelum saya naik bas pun saya tengok awak dari jauh je . takkan saya nak approach awak pulak . malu la saya . so , setakat tu je pertemuan kita . tapi , relationship kita tak habis kat situ je rupanya . 2 hari lepas tu awak confess kat saya yang awak sukakan saya . i was like terkedu waktu tu . betul ke apa yang saya dengar ni ? saya tak salah dengar ke ? but then , you just asked me :
"BOLEH AWAK JADI GIRLFRIEND SAYA?"
saya diam je waktu tu . bukan saya tak rasa perasaan yang sama . tapi saya fikir , kalau saya terima awak macam tu je , betul ke tindakan saya ? tak cepat sangat ke ? then i realized , kalau saya tolak , bila la moment macam ni akan ada ? lepas saya fikir , saya terus terima awak . saya bahagia sangat dengan awak . awak layan saya baik sangat . awak tak pernah marah saya even saya buat silap . awak cakap awak tak pandai marah . saya terharu sebab awak sangat menjaga hati saya .
LEPAS 8 BULAN,
saya rasa hubungan saya dengan awak macam dah tak ada hala tuju . saya dengan cara saya . awak dengan cara awak . saya makin sibuk . awak pun makin sibuk sejak awak masuk kolej . tapi saya continue Form 6 je . makin lama kita makin renggang . sampai satu masa , saya cakap dengan awak :
"HUBUNGAN KITA NI MACAM DAH TAK ADA HALA TUJU . KALAU MACAM NI LEBIH BAIK KITA BUAT HAL MASING2."
tapi awak tak nak . awak kata awak masih sayangkan saya . saya pun masih sayangkan awak . kita teruskan hubungan kita macam biasa . tapi saya bukan buta awak . saya nampak & saya rasa yang hubungan kita makain renggang . dan awak , makin lama makin menyepi . sebab tu , saya pun senyap je dari awak . saya dah pasrah , kalau setakat tu je hubungan kita , saya redha . saya doakan yang terbaik je untuk awak . since that time , kita sama menyepi & moment yang sangat tak boleh saya lupakan , when i tried called your number , then what i heard was :
"THE NUMBER YOU HAVE DIALLED IS NOT IN SERVICE."
hancur luluh hati saya waktu tu . rupanya betul2 awak dah pergi dari saya . saya sendiri . saya dah tak ada awak . tapi tak apa . saya kuatkan hati saya untuk terima hakikat yang saya dah kehilangan awak . saya sentiasa sematkan dalam hati saya yang awak akan kekal dalam memori saya . sejak tu , saya tak fikir tentang cinta lagi . saya lebih tumpukan pada pelajaran saya . saya nak buktikan pada semua orang , putus cinta tak bermakna saya akan gagal dalam hidup . walaupun saya akui , cinta pertama memang tak mudah untuk dilupakan . biarlah . masa yang berlalu akan menentukan segalanya . saya belajar dan terus belajar sampai akhirnya saya diterima masuk ke universiti . tapi yang paling mengejutkan saya , seminggu sebelum saya daftar , awak call saya . saya terkejut sangat waktu tu . saya tak sangka . & saya pelik , mana awak dapat number phone saya . satu lagi kejutan , rupa-rupanya one my best friend during Form 6 , sepupu awak . tak sangka , kecik dunia ni .
tak lama lepas tu , awak tanya saya satu soalan :
"KALAU SAYA NAK AWAK BALIK , AWAK SUDI TAK?"
seriously , i'm shocked . saya tak tau nak cakap apa waktu tu . tapi saya bagitau awak :
"SAYA TAK NAK AWAK MENARUH HARAPAN PADA SAYA . SAYA CUMA BOLEH CAKAP , BIAR MASA YANG MENENTUKAN . KALAU ADA JODOH , ADA LA."
dan awak pun nampaknya faham dengan keputusan saya . kita tetap tanya khabar masing2 even awak masih kat Selatan , tapi saya nun jauh kat Utara . makin lama , sekali lagi kita menyepi . few months saya kat U , saya ternampak post awak kat Facebook . awak post lirik lagu tu . mendalam maknanya . saya rasa macam nak menangis waktu saya baca post tu . kalau boleh , waktu tu juga saya nak beritahu awak yang saya masih sayang awak . tapi saya tak ada kekuatan . saya tak nak lukakan hati awak lagi . jadi , saya buat keputusan yang saya akan lepaskan awak . lepaskan untuk mencari bahagia awak sendiri . saya redha .
setahun lepas tu , saya tengok ada perubahan kat wall awak . & akhirnya saya nampak yang awak 'in a relationship' . saya akui yang hati saya sangat sakit untuk terima hakikat yang awak dah ada yang lain . saya kecewa . tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya dah buat keputusan untuk lupakan awak . sekarang saya dah masuk semester 4 & 25/3 yang baru lepas ni awak sambut birthday . saya nak sangat wish for your birthday . kalau boleh malam tu jugak saya nak wish . tapi hati saya larang saya buat macam tu . jadi , saya letak phone saya jauh2 sebab saya takut saya tak kuat then saya text awak . saya tak nak . tapi tepat jam 1.27 pagi , saya dapat call . bila saya tengok , nombor awak ! saya nak sangat jawab , tapi hati saya kata tak boleh . saya berbelah bahagi , nak angkat atau tak . akhirnya saya biar je sebab saya fikir , saya tak nak girlfriend awak fikir yang bukan2 kalau sayang jawab call dari awak .
esoknya , saya tengok wall awak lagi & saya terbaca post dari kawan awak . dia kata yang awak kekuar dengan girlfriend awak that day . ok , i admit that hati saya tetap rasa sakit . tapi kan saya dah janji dengan diri saya . saya redha awak pergi dari saya . saya redha yang awak dah ada pengganti saya . saya pernah cuba lupakan awak . bukan sekali , tapi banyak kali . sekarang , saya pasrah sebab mungkin segala yang berlaku ada kekhilafan dari diri saya jugak . awak tetap kekal dalam memori saya & saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak dari jauh . but , one thing for sure , sampai sekarang saya tak boleh dengar lagu yang pernah awak post sebab at the end , saya akan rasa sebak . biarlah . semoga awak bahagia dengan kehidupan awak . & saya tetap dengan kehidupan saya yang teramat susah nak terima lagu Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu..
note : biar takdir yang menentukan jodoh aku.
No comments:
Post a Comment