About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Friday, May 11, 2012

kisah dinihari..

ASSALAMUALAIKUM..

yeay , hari ni aku kembali lagi dengan entry yang baru . tiba-tiba pulak aku jadi rajin nak update entry kat blog kesayangan aku ni . kau jangan tanya kenapa . aku tak mampu nak jawab soalan bombastik kau tu . *hew hew hew* . entry aku yang sebelum ni pun dah cukup panjang right . so , yang ni aku tak naklah taip panjang berjela-jela macam karangan BM waktu Form 6 dulu . cukup-cukuplah aku kena perah otak cari isi untuk karangan tu dulu . tak sanggup aku nak ulang balik . ok , back to the topic . kau tengok tajuk tu kau rasa aku nak cerita pasal apa ? haha . ni malam jumaat kan . aku bukan nak takutkan korang . aku just nak cerita apa yang aku pernah lalui dulu . so , siapa yang rasa tak nak tahu cerita aku ni , please leave this page immediately . bukan amaran , tapi arahan *sangat* .

alkisah bermula suatu malam dulu . aku sampai bilik awal pagi buta waktu orang lain tengah sedap tidur atas katil tapi aku kepenatan and kesengalan sebab perjalanan yang jauh . aku sampai bilik tak menyempat nak buat banyak benda , pergi siap apa yang patut dengan niat nak habiskan semua tu cepat-cepat sebab nak tidur cepat-cepat . serius aku gila penat waktu tu . tak nak fikir apa dah . dah siap semuanya , aku pun dengan tak sabarnya baring atas katil aku yang 'empuk' tu sambil ditemani bantal-bantal kesayangan aku tu dengan niat nak cepat-cepat jumpa mimpi . once aku baring , ya Allah nikmatnya dapat tegakkan badan . the moment aku rasa aku dah hampir nak nyenyak , aku rasa katil aku macam bergoyang . apakah ?? aku buka mata , tapi tak nampak apa-apa . haruslah tak nampak sebab aku tutup lampu .

that moment aku dah rasa tak sedap hati . aku cuba bangun sebab nak hidupkan lampu . but , no . aku tak boleh gerakkan badan aku . that time, Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . takut , cemas , nak menangis , nak menjerit , semua ada . kalau kau kat tempat aku , mesti kau akan rasa perasaan yang sama macam aku kan . tipu kalau kau cakap tak . bila dah jadi macam tu , aku cuba cara lain pulak . aku nak panggil kawan aku . tapi ya Allah . suara aku pun tak boleh nak keluar . rasa macam aku dicekik sebab tak boleh nak keluarkan suara panggil kawan aku . then , aku dikejutkan lagi . aku dengar suara tu . suara yang berbisik kat telinga aku . sangat jelas bisikan tu , cuma aku tak dapat tangkap maksudnya . aku hampir pasrah je saat tu . apa lagi yang aku boleh buat kalau mulut and anggota badan aku seolah terkunci mati . aku hampir pasrah . tapi tak . aku kuatkan hati . aku baca apa-apa yang patut dalam hati . dalam masa yang sama , aku cuba sekuat tenaga untuk gerakkan badan aku .

dan , Alhamdulillah . aku dapat jugak lepas saat-saat mengerikan tu . aku terus terduduk , and aku fikir . setiap yang berlaku pasti ada sebabnya . dan aku sedar , pasti aku pun ada silapnya . apa yang pasti , aku nak kongsi dengan korang . sebelum masuk ke mana-mana kawasan yang dah ditinggalkan untuk beberapa tempoh waktu , tolonglah BERI SALAM . itu pesanan yang paling utama . dan , sebelum tidur jangan lupa amalkan surah 4 Qul dan Ayat Kursi yang menjadi pendinding paling kuat untuk kita . sekian sahaja . just peringatan untuk semua .


note : 'dia' tetap ada di mana-mana .


Thursday, May 10, 2012

kEnAnGaN

ASSALAMUALAIKUM..

the moment when entry ini dibuat , hati aku berbelah bahagi . opss , maaf . perkataan itu tidak tepat untuk menggambarkan apa yang cuba aku sampaikan . bukanlah hati yang berbelah bahagi . tapi lebih kepada perasaan yang tidak tenang . bukan apa , kita manusia biasa yang takkan pernah lari dari segala macam perasaan yang telah pun diciptakan oleh Yang Maha Esa . entah kenapa , tiba-tiba hati yang tenang jadi gundah tak menentu . perasaan yang tenang tu sikit-sikit berubah kepada perasaan yang berbaur . happy , sedih , takut . semuanya tergaul menjadi sebati dengan tanpa dipaksa-paksa . seolah-olah perasaan itu tak pernah cuba memahami tuannya . *maafkan aku andai kata sukar difahami* . aku akui bukan mudah untuk mengawal gerak geri sendiri . kadang-kadang apa yang akal kita ingin lakukan sentiasa tak seiring dengan cara sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak . aku akui tentang tu . di kesempatan ini , permohonan maaf aku tujukan buat semua yang mengenali diri ini . walaupun hakikatnya entry ini masih pada tahap intro , tak salah bagi aku untuk terlebih dulu mangajukan kata maaf ni .
berbalik kepada topik entry aku kali ni . KENANGAN . bila berbicara tentang kenangan , aku pasti setiap orang punya kenangan sendiri . tipu kalau kau kata kau tak ada kenangan . tak kiralah sama ada kenangan tu indah atau sebaliknya . begitu juga dengan aku . aku juga manusia biasa yang tak boleh lari dari merasai apa itu kenangan dan macam mana rasanya kenangan tu . hanya satu perkataan 'kenangan' tu boleh menimbulkan macam-macam perasaan dalam diri kita . sebab tulah aku katakan awal-awal tadi yang perasaan aku tiba-tiba jadi lain bila teringat 'kenangan' . dan perasaan tu sebenarnya lebih kepada perasaan sedih . ye , aku memang sedih saat entry ni ditulis . bila teringat kenangan , pasti perasaan sedih tu akan datang sendiri . entahlah , aku tak tau kenapa aku jadi macam ni . mungkin sebab masa aku tulis entry ni , aku sentiasa ditemani dengan lagu dari Bruno Mars bertajuk 'Who Is' . bagi yang tak pernah dengar lagu ni , korang dengarlah lagu tema blog aku ni . dan itulah lagunya yang menambahkan lagi perasaan aku yang berbaur sekarang ni .
aku memang ada kenangan yang selama ni tak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun tapi entah kenapa tiba-tiba je terdetik di hati aku untuk aku luahkan dalam blog kesayangan aku ni . kalau tak , takkan wujud entry yang sebegini . as to be clear , hanya yang memahami aku yang akan dapat selami apa yang aku rasa saat ni . so , kalau nak tau , meh sini aku cerita satu-satu kenangan aku .


#SEKOLAH
ramai yang akan kata rindu pada zaman sekolah . sebab apa ? sebab zaman sekolah ni kita rasa bebas , tak perlu fikir masalah yang berat , pergi sekolah pagi-pagi , tapi tengah hari dah boleh balik and petang dah rilek kat rumah . ramai yang cakap macam tu . sebab tu zaman sekolah tu best . percayalah , orang yang dah habis sekolah akan tetap rindukan zaman sekolah . dan aku tak terlepas dari merasai perasaan tu . aku memang rindukan zaman sekolah aku yang penuh dengan suka-duka waktu muda remaja . aku tau ada yang tak suka waktu sekolah sebab kena abide by the school's rules semua tu kan . tapi tu waktu sekolah , sebab tu kau rasa macam tu . kalau dah habis sekolah , trust me yang kau akan rindukan moment tu . kau tau , aku dah rasa macam mana seronoknya aku dengan kawan-kawan yang gila-gila and there's my close friend during school .

waktu ni aku cuma tunggu masa je nak start STPM . biasalah , budak sekolah . bila silibus dah habis , cikgu tak masuk mengajar lagi dah . so , aku cuma sebaik mungkin untuk habiskan saat-saat terakhir aku as SCHOOL STUDENT dengan kawan-kawan aku . sebab aku tau bila dah habis sekolah nanti , kau rancanglah macam mana baik sekalipun reunion tu , takkan semua dapat datang . aku tau korang dah ada life masing-masing and takkan sama jadual cari makan korang dengan jadual belajar aku and yang lain-lain tu . aku tau and aku faham . its okay , aku faham sebab aku pun kadang-kadang macam tu jugak . cuma satu yang aku boleh cakap , walau jauh mana kita terpisah . walau kat benua mana pun kita duduk , kita tetap kawan . just keep that word in your mind . *kenangan indah*

#KERJA
waktu nak tunggu result UPU , aku takkan duduk goyang kaki je kat rumah . aku pun macam remaja yang lain jugak . aku nak rasa pegang duit sendiri . aku nak beli barang-barang yang aku nak dengan duit hasil titik peluh aku sendiri . and then kau akan rasa yang barang-barang yang kau beli dengan gaji kau sendiri tu adalah barang yang kau sayang sangat . sumpah aku tak tipu sebab aku pun sayang sangat barang tu . kau tau , aku jadi operator kilang je . bagi aku , tak kisahlah kerja apa pun yang aku buat asalkan sumbernya tetap halal . tak payah nak malu-malu cakap yang kau kerja kilang sebab yang penting kau dapat duit and then kau boleh beli barang yang kau nak tu . then kau happy .

kalau nak cerita pengalaman kerja aku , memang panjang . but i'll try to make it short . seriously , even just kilang tapi aku enjoy sangat kerja kat situ . sebab best and kawan-kawan yang friendly . tambah pulak time aku masuk tu , ramai lepasan STPM . so , aku tak rasa kekok sangat nak bergaul . waktu kerja ni la baru aku dapat rasa macam mana susahnya nak cari duit . bukan senang tau . dengan belum ada apa-apa kelulusan tu . kau ingat senang nak dapat gaji besar ? kerja kilang je la yang layak untuk kau . tambah penatnya lagi . tapi bagi aku , kalau kita enjoy buat kerja tu , penat tu takkan terasa . buktinya , aku sendiri rasa semua tu . aku enjoy sangat waktu kerja tu sampai aku tak terasa pun penatnya kerja sebab aku seronok . and yang paling penting , tiap hujung bulan , gaji mesti masuk . ^_^


diorang ni yang banyak bagi aku ketawa , menceriakan life aku sepanjang aku bekerja . kau jangan pelik sebab kalau kami dah bergaul , boleh havoc tempat tu . and aku sure punya , waktu kami sama-sama berhenti sebab nak further study , bahagian kitorang tu mesti sunyi sikit . eh , bukan nak bangga , tapi kenyataan . waktu kitorang berhenti kerja , serious aku sedih sangat . adat la kan , setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan .


gambar ni waktu kitorang yang perempuan sahaja berhenti kerja . dalam kata lain , the last working day for us . serious aku rindu dengan kawan-kawan aku ni . entah bila dapat jumpa lagi , aku sendiri pun tak tau . *kenangan indah*

#ORIENTASI-MINGGU PERTAMA DI ALAM UNIVERSITI
yang ni aku tak tahan . bukan apa , kalau nak cerita pasal minggu orientasi @ minggu pertama masuk U ni , aku memerlukan kekuatan fizikal dan mental  kalau nak tulis pasal ni . bukan apa , kau tak tau apa yang aku betul-betul rasa waktu tu . macam-macam perasaan yang aku rasa waktu minggu pertama masuk U . happy tu memang aku tak nafikan . siapa yang tak happy kalau dapat masuk U kan . menipu je lebih kalau kau kata kau tak happy . kau nak tau , ni salah satu main reason kenapa boleh wujudnya entry kali ni . adalah sebelum ni , aku bosan-bosan , aku selongkar balik album lama-lama kat lappy aku ni . aku tengok balik semua gambar-gambar lama aku . then aku tengok la jugak gambar-gambar time orientasi ni .

magiknya , the moment aku tengok balik gambar-gambar orientasi tu , perasaan aku jadi lain . tiba-tiba rasa sebak tu muncul yang mana buat aku rasa pelik . kenapa tiba-tiba perasaan aku jadi lain ? hanya sebab gambar ? tapi aku fikir balik , aku renung-renungkan . memang haruslah aku rasa macam tu . main reason mestilah sebab aku rinduuuu sangat moment tu . the moment where semua batch aku sama-sama daftar and kat situlah kita mula kenal , mula rapat , mula bersatu . disebabkan bilangan kami yang bukan sikit , tapi tak berapa ramai tu yang buat kami rapat . sebenarnya , pengalaman masuk U ni yang ajar aku berdikari . kau bayangkan , masuk kat tempat yang tak pernah kau pergi , then kau tak kenal sorang pun kat situ . kau bergerak sendiri pada mulanya , tapi makin lama kau belajar tegur orang yang tak pernah kau kenal . lama-lama kau rasa selesa dengan orang tu , and kau stick together with them sampai sekarang . indah tau perasaan tu sebenarnya . kau tak percaya sudah .

yang buat aku lagi sedih bila teringatkan kenangan orientasi ni , was when parents aku dengan susah payahnya hantar aku sampai ke sini . some people anggap ni semua benda biasa je . but not for me . bagi aku , itulah moment yang paling susah aku nak lupa . kau bayangkan la . i'm the only daughter , and sepanjang hidup aku , aku tak pernah jauh dari family aku . then tiba-tiba je aku tercampak jauh kat hujung ni . kau pernah rasa perasaan tu ? *siapa pernah rasa sila angkat kaki* saat berpisah dengan family yang paling aku tak boleh lupa . sakan aku menangis bawah pokok . and disebabkan tu jugak , muka aku ni dicam oleh sorang fasi time tu . tapi saja aku cakap bukan . gila nak mengaku . malu la aku . biarlah apa dia nak cakap . kau tak tau , berminggu-minggu aku homesick . and lebih teruk , orientasi aku lebih banyak kat bilik rawatan . sebab aku demam rinduuuuu . seriously , kenangan orientasi buat aku sedih and happy . that's it . *kenangan indah*

#CINTA
kalau bercakap tentang cinta , hmmm . siapa yang tak pernah bercinta ? siapa yang tak pernah rasa sakitnya bila kecewa ? cuba bagitahu aku sekarang . and aku pun tak terlepas dari perasaan tu . kalau dapat diputarkan balik waktu , kalau boleh aku tak nak rasa sakitnya cinta tu kalau terputus di tengah jalan . perasaan putus cinta tu memang horrible tau . walaupun luaran kau nampak ok , tapi hati kau sebenarnya remuk , berkecai .


masa putus cinta , aku sentiasa cuba untuk sibukkan diri aku dengan macam-macam aktiviti . aku cuba elak dari dengar lagu-lagu yang sentimental sebab , kau faham-faham sendirilah . sakitnya rasa tu Allah je yang tahu . tapi sebolehnya aku cuba pendam je . and macam aku cakap tadi , aku tak boleh duduk sorang-sorang sebab nanti aku akan terkenang . aku tak nak dengar lagu-lagu sedih sebab nanti sedar-sedar je air mata aku dah mengalir . aku kena sibukkan diri sebab aku rasa dengan cara tu aku dapat lenyapkan sikit rasa sakit tu . seboleh mungkin aku cuba buat macam tu . tapi , betullah cakap kawan aku .

"KAU INGAT DENGAN CARA KAU YANG NAK SIBUKKAN DIRI DENGAN MACAM-MACAM BENDA NI BOLEH BUAT KAU LUPAKAN DIA KE ? MEMANG LUARAN KAU NAMPAK OK , TAPI DALAMAN KAU TETAP INGAT DIA JUGAK . WALAUPUN SIKIT"
and yes , macam apa yang lagu Bruno Mars ni kata , i know i'm not perfect . memang tepat apa yang dia kata . tapi aku tak boleh buat apa . aku cuma boleh harap yang masa yang berlalu ni akan semakin menjauhkan aku dari kenangan yang menyakitkan tu sebab aku tak pernah izinkan kenangan tu terus melekat dalam hati aku . aku tak nak and aku tak mahu . *kenangan pahit*

#CHILDHOOD FRIEND
ya Allah , kalau aku teringat balik kenangan yang satu ni , aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni . ni kisah zaman kanak-kanak aku dulu . dulu waktu kecik , aku ada sorang kawan ni , lelaki . tapi dia pangkat 'abang' . dia kalau datang rumah atuk aku , mesti dia akan jumpa aku sebab rumah aku dengan rumah atuk aku sebelah-sebelah je . then kalau jumpa aku memang tak sah kalau tak sakat aku sampai puas . taulah aku kecik lagi time tu . kami rapat sangat . dia pun rajin je layan aku walaupun aku agak nakal dengan dia . setiap kali dia datang jumpa aku tu , macam-macam yang kami buat , bual . then , kalau dia dah nak balik , aku macam tak nak bagi dia balik , sebab tak puas lagi jumpa dia . kalau boleh , aku nak cakap macam ni dengan mak aku .

"MAK SURUHLAH ABANG DUDUK SINI . KITA NAK MAIN PUAS-PUAS DENGAN DIA"

kalaulah boleh kan . kalaulah . tapi hakikatnya tetap tak boleh kan . sebab dia bukan abang aku . tapi aku suka dia sebab dia baik . tapi tu kisah dulu .

kau tau apa yang aku bayangkan sekarang ni ? aku bayangkan kalau dia tengah baca entry ni , and then he find me again . sebab dah bertahun-tahun aku lost contact dengan dia . serious aku rindu dengan 'abang' aku tu . kenangan aku main dengan dia waktu kecik dulu tetap dalam ingatan aku sampai sekarang . cuma sayang , seiring dengan perubahan waktu , aku semakin lupa rupa dia . how he looks before . aku lupa . aku cuma ingat yang dia pernah jadi sebahagian dari kenangan hidup aku . and aku harap , one find day aku akan jumpa dia semula . aku harap sangat .

'kenangan' . kalau nak cerita pasal kenangan , memang aku jamin page ni takkan cukup . sebab kenangan tulah yang menghadiahkan kita macam-macam jenis perasaan . and kenangan tu takkan pernah aku buang dari hidup aku . macam yang aku cakap tadi .

"kenangan ni kadangkala menyebabkan kita happy dengan saat-saat yang indah , perasaan yang indah . tapi jangan lupa , kenangan tu pun kadangkala menyakitkan kita dengan kisah-kisah yang mengundang kesedihan dalam diri kita "


 
note : try to live your life happily . ;)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...