About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Friday, May 11, 2012

kisah dinihari..

ASSALAMUALAIKUM..

yeay , hari ni aku kembali lagi dengan entry yang baru . tiba-tiba pulak aku jadi rajin nak update entry kat blog kesayangan aku ni . kau jangan tanya kenapa . aku tak mampu nak jawab soalan bombastik kau tu . *hew hew hew* . entry aku yang sebelum ni pun dah cukup panjang right . so , yang ni aku tak naklah taip panjang berjela-jela macam karangan BM waktu Form 6 dulu . cukup-cukuplah aku kena perah otak cari isi untuk karangan tu dulu . tak sanggup aku nak ulang balik . ok , back to the topic . kau tengok tajuk tu kau rasa aku nak cerita pasal apa ? haha . ni malam jumaat kan . aku bukan nak takutkan korang . aku just nak cerita apa yang aku pernah lalui dulu . so , siapa yang rasa tak nak tahu cerita aku ni , please leave this page immediately . bukan amaran , tapi arahan *sangat* .

alkisah bermula suatu malam dulu . aku sampai bilik awal pagi buta waktu orang lain tengah sedap tidur atas katil tapi aku kepenatan and kesengalan sebab perjalanan yang jauh . aku sampai bilik tak menyempat nak buat banyak benda , pergi siap apa yang patut dengan niat nak habiskan semua tu cepat-cepat sebab nak tidur cepat-cepat . serius aku gila penat waktu tu . tak nak fikir apa dah . dah siap semuanya , aku pun dengan tak sabarnya baring atas katil aku yang 'empuk' tu sambil ditemani bantal-bantal kesayangan aku tu dengan niat nak cepat-cepat jumpa mimpi . once aku baring , ya Allah nikmatnya dapat tegakkan badan . the moment aku rasa aku dah hampir nak nyenyak , aku rasa katil aku macam bergoyang . apakah ?? aku buka mata , tapi tak nampak apa-apa . haruslah tak nampak sebab aku tutup lampu .

that moment aku dah rasa tak sedap hati . aku cuba bangun sebab nak hidupkan lampu . but , no . aku tak boleh gerakkan badan aku . that time, Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . takut , cemas , nak menangis , nak menjerit , semua ada . kalau kau kat tempat aku , mesti kau akan rasa perasaan yang sama macam aku kan . tipu kalau kau cakap tak . bila dah jadi macam tu , aku cuba cara lain pulak . aku nak panggil kawan aku . tapi ya Allah . suara aku pun tak boleh nak keluar . rasa macam aku dicekik sebab tak boleh nak keluarkan suara panggil kawan aku . then , aku dikejutkan lagi . aku dengar suara tu . suara yang berbisik kat telinga aku . sangat jelas bisikan tu , cuma aku tak dapat tangkap maksudnya . aku hampir pasrah je saat tu . apa lagi yang aku boleh buat kalau mulut and anggota badan aku seolah terkunci mati . aku hampir pasrah . tapi tak . aku kuatkan hati . aku baca apa-apa yang patut dalam hati . dalam masa yang sama , aku cuba sekuat tenaga untuk gerakkan badan aku .

dan , Alhamdulillah . aku dapat jugak lepas saat-saat mengerikan tu . aku terus terduduk , and aku fikir . setiap yang berlaku pasti ada sebabnya . dan aku sedar , pasti aku pun ada silapnya . apa yang pasti , aku nak kongsi dengan korang . sebelum masuk ke mana-mana kawasan yang dah ditinggalkan untuk beberapa tempoh waktu , tolonglah BERI SALAM . itu pesanan yang paling utama . dan , sebelum tidur jangan lupa amalkan surah 4 Qul dan Ayat Kursi yang menjadi pendinding paling kuat untuk kita . sekian sahaja . just peringatan untuk semua .


note : 'dia' tetap ada di mana-mana .


4 comments:

  1. best blog akk...seram
    btw thnks akk follow blog org yg ta bpe best tu
    hehe
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. thanks jugak for the follow back adik..
      appreciate it.. ;)

      Delete
    2. haha ok :)
      btw ta sabo na bce new entry
      hehe
      :D

      Delete
    3. aww.. ade story nanti terisi lagi la blog ni.. ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...