About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Thursday, October 31, 2013

Bye October ! see you next year .

ASSALAMUALAIKUM

korang kalau nampak entri aku sebelum ni 'Hello October' kan . sekarang ni aku nak buat 'bye october' pulak . maka kerana itu la boleh terbit entri ni . sebenarnya sebab aku tak ada idea sangat pun nak update entri ni . atau dengan kata lain , malas . atau dengan bahasa mudahnya , aku sibuk . busy dengan thesis yang due date dia sentiasa around the corner . nak bernafas sekejap pun susah . kadang-2 aku rasa macam dah habis semua assignment aku buat . tapi , tiba-2 datang pulak assignment yang baru . dah terpaksa buat lagi . tak ada rehat sangat . tak macam hidup aku masa semester 1 dulu . rasa nak enjoy je . bukan enjoy pi clubbing ke , karaoke je memanjang . tapi enjoy dengan jalan-2 ke sana sini . semester ni paling mencabar bagi aku . sebab , like i said just now , terpaksa berperang dengan mini thesis yang sangat memeningkan kepala . tapi , nak buat macam mana kan . bak kata lecturer aku , "dah nama pun student . so, memang macam tu la gayanya walau busy macam mana sekalipun ." sebelum tu aku nak ingatkan dulu . entri kali ni pun bersifat random sebab aku nak combine few things yang tak related pun to each other . aku just cerita ikut suka hati aku je . tak teratur pun . 

# student life
eh , cukup la ye paragraph mukadimah tu . tu pun aku rasa macam dah melalut banyak sangat . ok , back to the topic . first thing to say is about my student life . sepanjang bulan October ni aku tak dapat nak update sangat haih . macam-2 benda nak kena fikir . assignment , project , practicum . practicum is the toughest thing yang aku kena settlekan . kau ingat senang nak cari kerja zaman sekarang ni . kalau dah ada ijazah sekalipun belum tentu kau boleh dapat kerja dengan cepat . memandangkan aku dah last semester , so aku kena la cepat-2 cari penempatan untuk praktikum . dah 2 bulan mencuba , tapi hasilnya masih negatif . kan aku dah cakap tadi , bukan senang nak cari kerja sekarang . tambah-2 nak compete dengan fresh graduate pulak tu . penempatan pun tak banyak . benda macam ni pun boleh buat kau stress tau tak . paling stress kalau kau call sebab nak dapatkan feedback , then dia cakap penempatan dah penuh . and then dia cakap dia tak terima course yang kita amik . sangat mengecewakan . so , at the end , aku masih mencari dan terus mencari . entah sampai bila . 

#camwhore
hah , yang ni penting untuk korang tau . kalau yang dah tau tu diam-2 je . baca sampai habis entri ni ae . korang yang suka sangat guna perkataan CAMWHORE tu tau tak maksud sebenarnya apa ? kalau tak tau meh sini aku nak habaq kat hangpa . ni berdasarkan maklumat yng aku dapat la . 

"A camwhore is an individual who perform sexual services on the internet with webcam software in exchange for money or goods , usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wishlist or add to their online account . while the label is usually considered derogatory and insulting. The term camwhore is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the internet to gain attention."


so , nampak tak apa maksudnya ? mohon jangan guna lagi perkataan tu lepas ni kalau korang dah tau maksudnya k . benda yang baik tu kita kena kongsi kan . so , aku dah share maksud  CAMWHORE ni . kalau korang sebenarnya dah tau maksud camwhore ni apa , but still guna perkataan tu , memang aku tak tau la nak kata apa . memang korang attention seeker agaknya . kalau nak jugak letak caption kat gambar yang korang amik sendiri tu , letatk la caption , "macam cantik je , macam comel je" . oppssss !

#Lejen Press , Terfaktab , Fixi , Roman Buku
yang ni mesti korang pun dah tau kan . sebab publishers kat atas ni memang dah top pun kat Malaya ni . kebanyakannya novel indie dengan gaya penceritaan yang sangat santai , sempoi . boleh gelak-2 pulak . lagi-2 Kitab Terfaktab . sebenarnya buku-2 di bawah publishers ni pun dah lama keluar . tapi aku yang malas nak amik tau sangat pasal ni je yang baru minggu ni dapat tau . padahal kat kedai-2 buku dah banyak terpampang novel-2 ni , cuma aku je yang malas nak pandang . ingatkan tak best . but , sekali baca , best jugak . kelainan daripada novel-2 yang aku baca sebelum-2 ni . alkisah di mana bermulanya aku minat kat novel-2 ni begini ye . minggu lepas ada jualan novel-2 ni kat U aku . kira Jelajah Lejen Fixi tu la . ada bukak booth yang jual buku-2 ni . mula-2 nampak macam tak menarik je . tapi kalau dah hari-2 lalu lalang kat booth tu , satu hari aku pun macam terdetik nak tengok . so , aku singgah and belek-2 la buku tu . 3 buku for RM50 . murah la tu ! so , lepas dah tengok-2 tu aku pergi macam tu je . tak beli pun . then , bila dah balik macam terbayang-bayang je novel-2 tu . esoknya , aku pun tengok lagi . tak ada orang pun kat booth tu masa tu . so , aku belek punya belek , sampai la aku beli 3 novel dengan harga RM50 . sampaikan dengan kawan aku sekali ikut terhasut beli novel tu . hasilnya , taraaaaa .... I Am Lejen . 


that's the tiga novel indie terawal yang aku grab kat booth Lejen tu . so far baru baca 'Kekasihku Mutan' . boleh tahan best . dia macam seram-2 sikit , misteri sikit . tu yang aku suka tu . selain tu , Terfaktab pun boleh tahan best jugak . karya Terfaktab yang famous yang aku tau is Awek Chuck Taylor . tu pun aku baru tau semalam . haha , teruk kan aku ? yang aku tau Awek Chuck Taylor ni berdasarkan kisah realiti . tak tau la betul ke tak . siapa-2 yang tau boleh komen kat entri aku ni . anyway , Terfaktab ni boleh kalau kau nak beli novel dia and baca . kalau nak baca online pun boleh . tapi , aku tak jamin la kalau kat blog ni entri dia pendek , tapi kalau novel dia expand laagi cerita tu . ada jugak yang tak ada dalam blog and dia terus buat buku . kalau nak baca , klik ni Terfaktab .

#Love You Mr Arrogant

wowowo ... kalau sebut je tajuk drama ni mesti ramai terutamanya golongan perempuan macam aku ni naik meroyan . eh , aku bukan cakap korang je tau . aku sendiri pun duk tergila-gila kat cerita ni . best , romantik , sedih semua ada . sangat-2 teruja kalau aku tengok cerita ni . kalau tak gelak mesti senyum je tengok Irham dengan Zaara . ada je keletah diorang . so , kesimpulannya memang aku pun gila dengan cerita ni . lagi-2 watak Irham . omei angat ! 

eh , aku rasa macam dah panjang sangat je entri ni . so , aku stop kat sini dulu na .  see you next time . Bye October !

psstt : nak sambung tengok Love You Mr. Arrogant la !

Thank you for reading this entry !

3 comments:

  1. moga sinar november membuka lembaran baru buat kita..:)

    ReplyDelete
  2. yeah..semoga semua urusan bulan ni dan bulan-2 seterusnya juga dipermudahkan oleh-Nya.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...