About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Sunday, November 17, 2013

Review Novel #3 : Kelabu by Fixi & Awek Chuck Taylor by Lejen Press

ASSALAMUALAIKUM ..

hi peeps ! lately ni aku rasa aku asyik review bout novels je kan . korang kena faham yang sebenarnya mood aku nak baca novel dah kembali . haha . macam apa entah nak kembali bagai . geli pulak aku dengornye . ok , speaking of novels , sepanjang cuti sem minggu lepas macam banyak gila aku baca novel . assignment macam ke tengah laut sikit la aku campak . tapi bila dah naik cuti terpaksa la aku kail semula assignment tu . kena back to normal behavior . assignmentsss , classes and lotsss of stuff to do before my very last semester ends . so , sekarang aku nak review lagi tapi 2 novel sekaligus . malas nak up entry banyak-2 . aku jamak sekali 2 novel . senang . 

#Kelabu by Fixi


aku tak tau la kan . lately ni mungkin taste aku tengah berubah ke novel-2 macam ni . urban , indie and etc . mungkin aku nak cari kelainan . mungkin . sebab setiap kali aku masuk kedai novel , memang genre macam ni yang aku cari dulu . tengah hot kan . kebanyakan novel jenis ni pun best gak . boleh tahan la . so , tak salah kalau aku tukar angin sekejap . hihi . anyway , sebelum tu baca dulu sinopsis novel ni .

"Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih . Baik-buruk , betul-salah , cinta-benci ...
lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah ? Apa jadi pada orang-orang macam aku ?

Bila Jun datang pada aku , menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak' , aku tak tolak . Salah aku ke kalau aku kata 'ya' pada awek cun ? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ?

Aku Amir . Jemputlah masuk ke dunia aku , di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas . Mungkin hanya lepas tu , korang akan faham macam mana rasanya berada di dunia aku .

Dunia KELABU ."

at first masa aku baca sinopsis ni tak ada la aku terus faham jalan cerita dia macam mana , watak-wataknya macam mana . macam samar-samar . tapi orang kata novel ni best . that's why aku nak beli . harga pun berpatutan dengan tebal novel ni . RM24.90 . so once dah beli , tak menyempat sampai bilik , duduk kat kedai makan terus aku baca . mula-mula macam tak berapa nak faham . biasa la , baru page yang first . memang la tak paham kan ! 

watak utama novel ni Amir . Amir dalam novel ni digambarkan sebagai seorang photographer yang macho and sangat pandai nak pikat awek . kira pandai mengayat la . mulut manis je . dasar . tukar awek pun macam tukar baju . mula-mula macam geram gak pun ada dengan lelaki macam ni . senang gila terpikat and senang jugak memikat then senang pulak tu dapat . ish , semua senang la . Amir ni jugak ada sorang kawan baik nama Shah . Shah dalam novel ni digambarkan sangat handsome and gentle and macho . aku baca ni pun macam , waaa ... handsome sangat ke ? tapi bagi aku , Shah ni jenis yang setia . kau bayangkan , berapa banyak awek yang minat kat dia . cun-cun pulak tu . tapi dia tetap stick to one . cuma sorang je yang dia tunggu . nak tau sape kena la baca . anyway , Amir ni ade sorang awek which is Jun . Jun ni journalist-to-be . at first dia dengan Amir just untuk tulis artikel yang nak dipublish kat majalah je . but then , dia develop feelings pulak . mula-mula bayangkan percintaan diorang ni lovey-dovey sangat kan . tapi , bila dah terbongkar siapa sebenarnya Amir tu , macam geli sikit pun ada . Amir tu sebenarnya Amira ! rupanya Amir tu pengkid !

mula-mula aku baca novel ni macam boring je , macam tak best je . tapi kalau baca betul-betul , best jugak der . cuba kau hayati , baru ada feel nak baca . part yang aku suka dalam novel ni bila Amir pergi ke Melbourne tu tanpa fikir panjang sebab nak pujuk Shah yang merajuk kononnya . bila dah sampai Melbourne tu baru dia fikir , apasal dia boleh fly sejauh tu semata-mata untuk seorang LELAKI ? selebihnya korang baca la sendiri . ni salah satu novel yang worth buying sebab banyak berkisarkan tentang current social issues . and lastly , how they make the effort untuk berubah kepada fitrah seorang perempuan . big congrats tu Nadia Khan , penulis novel ni sebab berjaya menyelami watak lelaki sampai aku tertipu , ingatkan Amir ni lelaki .

#Awek Chuck Taylor by Lejen Press


ni satu lagi novel yang aku dah baca . kalau tak baca , takde maknanya aku nak buat review . sebenarnya tak banyak yang aku boleh review pasal novel ni . cuma novel ni memang berdasarkan kisah sebenar . masa aku beli novel ni pun dah cetakan kelapan . cetakan pertama tahun 2011 , means dah lama sebenarnya novel ni published . tapi baru ni aku tau kewujudan novel ni . so ketinggalan la aku ni ! 

novel ni menggunakan 'aku' yang menunjukkan penulis sendiri which is Nami sebagai Hafiz , watak utama novel ni and Mira sebagai Awek Chuck Taylor(ACT) . sebab apa ACT ? sebab Mira ni suka sangat pakai kasut Chuck Taylor . kalau tak tau korang search la sendiri macam mana rupana kasut Chuck Taylor tu . Mira ni pun ada adik perempuan nama Nana yang ada sakit asma yang teruk jugak la sebab dia tak boleh pegang kucing , tak boleh makan kacang and tak boleh lasak sangat . kalau nak cerita dari sudut pandangan aku , aku tak boleh nak cerita sangat sebab watak Mira dah meninggal . bukan meninggal dalam novel ni . tapi , memang dah meninggal dalam realiti due to cancer (if i'm not mistaken) . tapi Nana pun meninggal jugak at the end of this novel sebab dia termakan makanan yang ada kacang masa dia dah sambung belajar . Mira and Nana ni pun sebenarnya adik beradik . 

bahasa yang digunakan dalam novel ni bagi aku terlampau sempoi and urban sampaikan kadang-kadang tu aku baca and my reaction was like , "apa punya bahasa ni ? tak ada yang elok sikit ke ?" . tapi nak buat macam mana , itu realiti zaman sekarang . watak Hafiz ni bagi aku macam terlalu berlembut dengan girlfie . apa yang gf dia nak or suruh , semua dia buat . konon-konon macam nak bantah , tapi dengar suara manja sikit terus melting . ish ... watak Mira pulak , bagi aku kasar . tapi setiap kali dia cakap , mesti berdasarkan fakta . cuma yang aku tak berapa suka bab dia mempersoalkan agama tu . well , i really hope this is not true . tapi Mira ni memang jenis yang suka baca . no wonder la cara dia bercakap pun macam educated . Nana pulak sangat berbeza dengan Mira . Nana ni katanya lagi cun daripada Mira . lembut pulak tu . sebab tu la Mira boleh jealous dengan adik sendiri bila Hafiz borak lebih-lebih dengan Nana . and tak hairan jugak la bila Hafiz tanpa sedar boleh terpikat dengan Nana . 

anyway , macam aku cakap tadi . watak Mira atau nama sebenarnya Ezreen and Nana atau nama sebenarnya Elly dah meninggal dunia . takziah untuk keluarga mereka . bagi aku , part yang agak touching dalam novel ni bila Nana meninggal sebab Hafiz tak tau lagi masa tu . dia cuma tau bila ramai yang ucap takziah kat dia masa dia nak daftar kat pusat pengajian . kalau aku pun sentap . tapi tu la . dah takdirnya macam tu . 

Al-Fatihah :
Sherina Ellyana Sulaiman (Nana) 
19 April 1987-8 Julai 2007

Ezreen Emira Sulaiman (Mira)
9 Mac 1986-9 Jun 2012

Thank you for reading this entry !

18 comments:

  1. Ingat nak beli jugak Kelabu. Sebab orang cakap best. Tapi kena tunggu ada duit dulu. Huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup . memang best .. so , save duit dari sekarang utk beli .. hihi

      Delete
  2. macam best novel ni :)

    p/s: deno folow sini nombor 134.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dear .. try la baca .. ^_^

      anyway , thanks follow ^_^

      Delete
  3. kena tunggu hujung bulan nak pegi kedai buku ... heh heh heh ... follow u 136 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi .. yeah .. tunggu hujung bulan .. then beli .. ^_^

      Delete
  4. salam.. ina blogwalking dari http://arenamuslimah.blogspot.com/

    wow, sis suka novel yer... ina pun suka.. tapi novel cinta la.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear .. sangat suka :)

      before this memg layan novel cinta je ..

      tapi baru ni cuba layan genre lain pulak :)

      Delete
  5. salam perkenalan first time singgaah follow ke 141

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga .. thanks following . follow u back ^_^

      Delete
  6. Minat layan novel erk?? Saya pun minat jg tp novel naruto je la.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sangat minat ..

      tapi ikut mood jugak la kadang2.. hehe ^_^

      Delete
  7. ainaa xmint novel fixi tapi kadang2 rasa nk bca jugk sebb rmai yg kata best.

    btw i come here to visit your blog from http://nikainaa.blogspot.com/ 。◕‿◕。

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh .. best jugak la fixi ni .. tapi kena pandai pilih .. hehe

      btw, thanks.. ^_^

      Delete
  8. ek aiiihh.. macam panjang je.. huuhu

    ReplyDelete
  9. Done follow this bLog. .follow me back kay

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...