About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Wednesday, April 18, 2012

hAbiT @ peRanGai..

ASSALAMUALAIKUM..

for first , saya nak habaq dulu yang entry kali ni akan menceritakan sepenuhnya tentang diri saya . *ok tipu , sebenarnya pasal habit je* . disebabkan saya dah jarang update entry kat blog ni , so saya dengan senang hatinya mengambil inisiatif untuk meng'update' entry pasal diri saya semata-mata . *ok la kan daripada terbiar bersarang blog ni . hew hew hew *gelak zaman sekarang* . kalau kamoo tengok tajuk entry ni , "habit @ perangai" . ha , automatik kepala otak kamoo akan set kata pasal habit kan ? *sapa kata tak tu memang nak kena dengan saya* . sebelum saya nak mula cerita ni ada sapa2 ke yang rasa nak stop and dalam kata lain malas nak baca ? kalau ada , sila angkat dua2 kaki anda . hahaha . *ok,gurau* jangan marah na . hidup memang kena gurau . barulah mesra ...... *erk , ada kaitan ke ?* ok , whatever . *sambil buat muka mintak penampar*

perangai atau nama saintifiknya habit ni adalah satu tabiat yang ada dalam diri manusia tak kiralah sama ada tua atau muda . setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ni mesti ada tabiatnya yang tersendiri tak kiralah sama ada tabiat baik atau buruk . betul tak ? please jangan kata tidak . *buat muka kesian* . ya , dan saya semestinya manusia yang turut dilahirkan di muka bumi ni dan mempunyai tabiat saya sendiri yang sesetengah kawan saya cakap teruk . *teruk tang mana pun tak tau la* . so , dah ready nak tau apa tabiat saya ? *angguk-angguk* . bagus .. ;)

#SUKA GAYAKAN TUDUNG
yang ni memang satu tabiat saya yang susah nak ubah . pantang duduk dalam bilik , mesti capai tudung , pin , cermin . dan maka dengan itu , *penat cikgu BM saya ajar,bahasa tetap teruk ;)* bermulalah proses penggayaan tudung yang macam-macam cara fesyennya . *tatabahasa teruk , maafkan saya* . tambah lagi kalau on lappy , connect wifi , bukak tab youtube , then search tutorial pakai shawl , pashmina , bawal . saat tu memang tak pandang benda lain , memang melilit jelah kerja saya . *best tau buat macam ni . tak percaya cubalah;)* . then , kalau dah siap gayakan , mesti tak lepas peluang untuk snap gambar tu . buat kenangan . *kononnya* . apa ? nak tengok gambar tu ? ok , nah ...


gambar ni dah lama . and ni first attempt saya masa buat kerja gila macam ni . sumber inspirasi , Youtube . ahaks *ketawa gedikss* . apa ? tak cantik ? ok , saya tau memang tak cantik . dah nama pun tak ada kerja kan . so , saya lilit ikut sedap hati saya . hahaha . *tak kelakar* . nak lagi ? nah ..


yang ni lagi satu gambar yang saya ambil sendiri . *sebab tak ada sapa nak tolong.sedih* . ni masa saya cuti kat rumah minggu lepas . bayangkan waktu tu semua orang dah tidur , tapi saya masih tak reti-reti nak tidur . *penyakit turun-temurun* . pergi ambil tudung bawal , ambil pin , duduk depan cermin . terus start kerja-kerja melilit macam tak ingat dunia . ada lagi .. nah ..


eh awak , yang ni gambar baru tau . baru ambil semalam . maknanya baru buat semalam la . hik , hik *gelak macam orang semput* . bukan apa , semalam kelas habis awal so , saya balik awal . sampai bilik macam bosan , tak tau nak buat apa . petang-petang pulak tu . nak study , orang kata study lepas asar tak digalakkan . *time macam ni tau je kan* . apa ? warna baju tak kena dengan tudung ? ye , memang saya sengaja buat macam tu . alasannya , sebab saya suka warna-warni . hahaha . hakikatnya , saya sendiri tak pernah pakai warna-warni macam ni . hahaha . eh , ada lagi . nah ..


yang ni tak tau apa nama fesyen ni . cuma saya terjumpa kat Youtube , then terus memulakan kerja gila saya . haha . *ok , lagi sekali tak kelakar* . senang je rupanya pakai macam ni . nampak kemas sikit dari yang lain . ngee ~~ eh awak , nanti dulu . ada lagi la .. nah ..


ha , kalau nak tau , fesyen ni namanya Bawal Ombak Rindu . sebab apa namanya Ombak Rindu ? cer tengok sikit kat depan tu . kan macam berombak sikit . thats why namanya Ombak Rindu . yang ni credit to Tasha Manshahar  yang upload tutorial pakai ni kat Youtube . hah , see that . kerja gila saya waktu lapang . tambah pulak roommate tak ada dalam bilik , lagilah kerja gila saya berjalan lancar . *kalau ada malu sikit* . so , nilah salah satu habit saya yang susah nak ubah . pakai tudung macam-macam gaya , pastu ambik gambar sendiri . *gila* . ada lagi gambar-gambar saya dengan tudung . tapi tak nak la upload semua . nanti semak je kat sini . eh tak , takut nanti kamoo bosan tengok gambar-gambar tu . hihi . eh , sebelum tu ingin diingatkan di sini , saya tak pernah lagi pakai tudung macam ni bila keluar . gambar-gambar ni semua cuma untuk suka-suka je tau . hakikatnya , saya tetap macam ni bila pergi kelas . peace ;)


#MAIN RAMBUT
ni lagi satu habit saya . suka sangat main rambut . tak kiralah rambut sapa pun , asalkan dekat dengan tangan saya , memang habis saya pegang-pegang , tarik-tarik . yang selalu jadi mangsa , kawan saya la . sampaikan dia geram dengan saya . tapi , ada saya kisah ? kalau dia terbaca entry ni , mohon maaf ye kamoo . nak buat macam mana , dah jad habit . eh awak , bukan rambut orang lain je tau . rambut saya pun of course la tetap menjadi kebanggaan saya . bukan bangga sebab apa , sebab boleh buat main sampai puas . macam saya dengan tudung tadi . kalau free pun saya buat macam-macam kat rambut saya tu . hik , hik . macam kakak Somalia kat sebelah bilik saya . *opsss* .

#NYANYI
ye , saya memang suka nyanyi . ni habit saya yang paling sangat amat susah nak ubah . *hancur BM* . cakaplah bila masanya yang saya tak nyanyi ? anytime , anywhere , nyanyi je kerja saya . *ok , tipu* . takkan waktu saya makan , saya tidur , saya nyanyi pulak kan . saya memang suka nyanyi . dulu , kini , dan selamanya . *hamboih statement . cannot go betei* . tapi saya tau lah , suara saya memang tak sedap didengar pun . masuk petandingan sekali je . lepas tu tak nak dah . *ceh , dalam hati teringin* . tengok orang lain upload video cover kat Youtube , serius macam teringin . tapi , fikir beribu kali dulu nak buat . huhu .

eh , betullah statement saya kat atas ni tadi . saya kalau nak nyanyi bila-bila masa je . paling kerap of course lah kat bilik sendiri . kalau kat bilik , roommate tak ada , on lappy , pilih lagu , volume bukak kuat-kuat , hah , hambik kau . macam bilik ni aku yang punya . *err..memang bilik saya pun* . tak kisahlah apa pun yang saya buat , mulut ni automatik nak nyanyi je . even tengah dengar ceramah mesti rasa nak nyanyi jugak . hah , lagi satu time kat dapur . orang tua-tua kata , kalau orang perempuan nyanyi kat dapur , nanti dapat husband tua . er .. boleh percaya ke ni ? tak betul kan ? bukan apa , mungkin takut apa yang kita masak kat dapur tu jadi hangus ke , tak sedap ke , sebab leka sangat nyanyi . *opsss*

#DUDUK DALAM GELAP
last one . saya memang suka sangat duduk dalam gelap . tak taulah kenapa kan . saya rasa duduk dlam gelap tu best . rasa puas . macam kamoo tidur malam-malam , kamoo tutup lampu . hah , rasa puas kan tidur tu ? *metafora tak masuk akal* . saya tak nafikan , ramai orang yang takut duduk dalam gelap . betul kan ? tapi , sorry to say *buat gaya macam kina dalam BiarMimpiSampaiKeBintang* , saya bukan dalam golongan tu . hahaha *ketawa Zizan* . ok , walaupun saya suka duduk dalam gelap , but still saya bukan orang yang berani . cuma kesukaan saya duduk dalam gelap ni yang buat kawan-kawan saya pelik .

bukan apa , kalau diorang masuk bilik saya , tapi bilik saya gelap macam apa , maka dengan itu bermulalah nagging mereka-mereka ni . eh , kalau diorang baca ni , saya nak cakap lagi , tu habit saya . kalau tak suka , maafkan saya . *ala-ala Zizan masa ABPBH* . pesanan kat sini , bilik gelap belum tentu saya tak ada kat bilik . ;)

dah puas kamoo baca ? ke ada yang nak tau lagi habit saya yang lain ? hehe . *gurau* . cukuplah dulu ye . kalau ikutkan hati saya , memang nak cerita semua . tapi nanti kamoo bosan baca panjang-panjang . err .. betul ke ? *muka blur* . eh , dah ye awak2 semua . setakat ni je entry kali ni . kalau nak lagi , sila hantar request anda . haha . ok bye . nah , senyuman ikhlas dari hati ..


last word : apa yang terfikir itu ada . *pinjam ayat Ramlee Awang Murshid* ;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...