About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Tuesday, October 01, 2013

Hello October !

ASSALAMUALAIKUM ..

Hello October ! sedar tak sedar dah masuk bulan 10 pun . sekejap sangat masa berlalu . padahal aku rasa macam baru je minggu lepas register semester baru . la ni tup-tup dah nak cuti semula . cuti midsem la kan . ha .. sekejap tak sekejap la kan .. tapi life as a student memang tak sah kalau tak busy , right ? mesti kau akan sibuk dengan lectures , assignment , discussion , projects and etcetera . skema sangat ayat aku kan ? haha ! anyway , bulan Oktober ni aku tak expect something interesting akan berlaku dalam hidup aku . yelah , aku tak naklah kalau aku mengharap sangat nanti tak kesampaian pulak kan . eh , apa yang aku merepek ni ?

hari ni hari Selasa . supposedly , aku takkan se'relax' ni untuk last semester aku kat sini . eventhough kerja bertimbun-timbun nak buat , boleh pulak aku relax kat bilik , tengok movie , online and macam-macam lagi la kan . tapi , konon-konon hari cuti . so , semua benda pun kalau boleh nak cuti jugak la kononnya . ow yeah , aku lupa nak mention about blogging dalam list relax aku hari ni . memandangkan dah dekat sebulan aku tak update entry , so dengan 'rajin'nya aku update hari ni walaupun sebenarnya takde benda sangat pun nak cerita . cerita-cerita cliche je yang aku ada . sepanjang September pun banyak jugak aktiviti yang aku join . but the most memorable one was Minggu Suaikenal 2013/2014 . sangta best woo . gua tak tipu . eventhough penat yang teramat , tapi memori tu takkan boleh lupa sampai bila-bila .


one of the best moment ever . kenangan untuk aku yang dah last sem ni . other than that , tak lain , of course busy with campus life . aku pun malas tak tau how to tell you much pasal story aku ni . bukan sebab apa . kadang-kadang idea aku nak menulis tu dah mencurah-curah . tapi ada je halangan yang datang . contohnya , macam entry ni . aku dah ada idea nak tulis sebenarnya . but then, stucked . sebab ada hal yang nak kena buat . sebelum-sebelum ni pun sama jugak . idea dah mencurah-curah , tapi line internet pulak tak dapat . maka dengan itu , terhenti di situlah idea-idea aku semua . lantas , berlapuk dan bersawanglah belog aku ni ditinggalkan berbulan-bulan tanpa dijenguk barang sekejap . 

ok , macam aku cakap tadi . idea dah terputus . jari jemari pun dah mula menitipkan kata-kata terakhir untuk entry kali ni . sebenarnya aku ada kuiz esok . so , sekian sahaja random entry untuk kali ni . hope to see guys again in the next entry .  toodles .

psstt : aku dah post barang-barang aku ke kampung halaman . tak sabar nak habis belajar . "Nanti kita jumpa kat rumah ye.." kata aku kepada kotak .


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...