About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Saturday, December 22, 2012

.saengil chukka hamnida chingu.

ASSALAMUALAIKUM...

yeay .. i'm back guys ! haha .. annoying tak statement tu ? konon nak back back bagai . ingat kau tu retis ? ok fine . wawawa . lama gila kot aku tak update blog aku ni . lama sangat-2 . sangat-2 lama . tersangat la lamanya . sampai aku rasa susah gila nak cari jalan masuk . dalam erti kata lain , lupa password . nampak tak ? nampak tak ? kan aku dah cakap lama gila aku tak update . well yes , i am a BLOGGER . but i seriously not an active blogger . bukan disebabkan dah tak ada idea . tapi kemalasan yang teramat sampai nak klik kat link blog sendiri ni pun punya la susah macam ditarik-tarik je jari aku ni biar tak klik pun . nampak tak malasnya ? 

hookay .. so , hari ni aku tergerak hati nak update lagi kat sini atas sebab tertentu . apa kau ingat macam sulit sangat ke konon nak cakap that 'sebab tertentu' tu ? no la .. kau nampak tak tajuk kat atas tu apa ? tak faham ? sapa tak faham mohon angkat kaki sekarang . ^_^ . *tak kelakar pun* actually , todayyy is my friends birthday .. birthday uollss , birthday .. disebabkan diorang la aku ringankan jari jemari aku ni untuk update for new entry ok . if not , hmmm .. korang tau sendiri right . punya malas bak hang . ok , let's start the wishes .

first , her name is Aishah @ ucu . mohon sebut ucu tu dengan penuh gaya mulut yang muncung ke depan ala-ala duckface . sebab apa aku suruh macam tu ? saja ... *muka berlagak* hahaha .. oppss , continue . i won't say much . just , happy 22nd birthday makcik . ha , sebab apa makcik pulak ? sebab .... kau tu anak sedara punya la berderet . tak macam aku . anak patung pun tak banyak beb . see ? tak banyak .. huhuhu . semoga panjang umur , dimurahkan rezeki & cepat jodohnya . eh , pembetulan . jodoh dah ada . so , cepat-cepat la kahwin . aku tau kau tu dah tak sabar nak kahwin kan . hahahaha *evil laugh* all the best for you .


there she is . mohon jangan ngurat . dia dah berpunya . hoho . ok , next is my coursemate . her name is Fiqa . the only coursemate yang sama-2 survive ke kelas . berdua je beb . well , of course , just like people say . berdua tu lebih baik . kan kan kan ? alright . same goes to you . happy 22nd birthday . semoga berbahagia .. eh , salah . semoga panjang umur , dimurahkan rezeki , berjaya dunia akhirat . 



nak ngurat ? nasihat aku , sila lupakan niat anda . hahaha . ok , sedikit pesanan di sini . aku dah nak masuk 23 woi . 3 bulan je lagi . korang baru nak masuk 22 . hikhik . ok fine , mesti korang akan cakap aku dah tua kan ? haha . tau dah . tak apa , tua-tua pun tetap maintain kecik . hahaha *evil laugh* . last word , semoga berjaya makcik-2 sekalian . exam is just around the corner . selamat berdating dengan buku & nota masing-masing . note to myself too walaupun malas gila bak hang nak study . alright . see ya . toodles . ^_^

Friday, October 12, 2012

~Laksamana Sunan~

ASSALAMUALAIKUM..

salam sejahtera dan salam 1Malaysia . tetiba je gua rasa macam nak bagi speech formal je kan . mohon jangan menyampah . k , k .. memandangkan aku rasa dah lama gila aku tinggalkan blog aku ni umpama blog yang tak bertuan , tiba-tiba hari ni and waktu ni aku rasa terpanggil nak update semula . tapi korang jangan harapkan entry yang panjang berjela-jela-jela macam sebelum-sebelum ni . eh , kejap-kejap . before that aku rasa macam nak upah sorang cleaner pulak untuk bersihkan balik blog aku yang ni yang dah bersawang , semak samun , and yang sama waktu dengannya . dia punya kotor baq hang . gila kotor wei . kalah tempat korang selalu buang sampah tu . err .. k , k .. macam tak kena pulak aku rasa . whatsoever ..

okay , cukuplah pengenalan yang gila simple walaupun dah lama aku terpisah dengan blog aku ni sampai rasa macam aku baru je lepas buat jejak kasih kat sini . sob sob *lap air mata bajet sedih 'sangat'* . so , kalau korang tengok title kat atas ni , mesti korang dapat agak aku nak cerita apa kan ? kalau yang memang dah tau plus minat pulak tu , mesti dia dah tau awal-awal lagi right . but , bagi yang tak tau maybe they feels like "what the fish tetiba je dia ni nak bercerita pasal laksamana bagai kat era serba moden ni kan." . tapi takkan tak tau kot . watak famous ni . tapi bukan twitfamous k . eh , tetiba . before that , meh aku tunjuk sikit novel-novel Laksamana Sunan ni eh .



Laksamana Sunan .. aku tak tau la apa yang buat aku jadi gila dengan novel bersiri Laksamana Sunan ni .  kau tau .. dulu masa novel ni baru-baru je keluar tu kan , serius aku tak pandang langsung . sampaikan orang nak bagi free pun aku cakap , "ow , its okay , nevermind . i don't want it" . and yes , sila jangan percaya statement tadi sebab ianya tipu belaka . hahaha *evil laugh* tapi fakta yang kata aku tak minat novel ni memang sebenar-benar fakta ye . sila percaya . haha . but , baru-baru ni tetiba je hati aku ni tergerak pulak nak baca novel-novel macam ni . so , aku decide untuk start baca novel ni . first impression macam bosan je novel-novel macam ni kan . but sekali aku dah baca , susah gila kot aku nak stop . sebab ...... gaya penceritaan yang super awesome and di luar jangkaan . serius aku tak expect pulak novel ni sangat-sangat best . memang best seller tapi kalau dah aku tak minat awalnya , memang tak la aku nak baca kan . then , watak Laksamana Sunan tu sendiri yang buat aku susah nak stop daripada terus baca .

okay , siapa yang pernah rasa macam jatuh cinta sikit kat watak Laksamana Sunan ni raise up your hands please . ceh , ayat macam aku boleh nampak je kalau korang angkat tangan pun . so , sila jangan jadi bendul and ikut apa yang aku cakapkan tadi k . watak yang digambarkan memang superb sampaikan aku rasa macam ada ke oarang macam ni kat dunia ni ? watak dia macam sangat-sangat perfect and aku minat quote ni .

~ Cinta Sang Ratu , laksana langit mencengkam purnama , 
ibarat mutiara di lautan biru , saujana mata memandang , 
seluas langit terbentang , tatkala cinta berbisik , 
suaranya memuji Tuhan , apabila rindu terusik , 
Rasulnya menjadi pilihan , sampai masanya cinta jadi taruhan , 
Sang Ratu menjadi impian ~

ni memang best and mendalam maksudnya . so , sebenarnya all credit belong to penulis novel ni which is Ramlee Awnag Murshid sebab berjaya mencipta watak yang sangat best and menjadi igauan  . so , siapa yang tak baca lagi novel ni memang rugi wa cakap lu . hahaha

so , setakat ni je aku mampu nak buat comeback . *macam retis pulak nak buat comeback bagai* see yew soon . enjoy reading ^_^

Tuesday, June 05, 2012

Ways to improve your English (my own ways ^_^)

ASSALAMUALAIKUM..

*lompat-lompat masuk blog* setelah sekian lama aku tak update apa-apa kat blog ni , aku rasa blog aku ni pun macam dah nak bersarang dah . so , aku datang lagi dengan niat nak bersihkan sikt sarang-sarang yang ada kat sini. *sambil pegang bulu ayam . pastu , tak lama kemudian kena ketuk dengan penyapu* k fine , aku dah mula nak merepek . *maafkan saya ala zizan* disebabkan aku dah lama tak masuk blog ni kan , so korang rasa banyak tak aku nak cerita . okay , okay . aku tau korang dah tau kan apa aku nak membebel kali ni ? ala , kalau korang baca tajuk je pun mesti korang dah tau apa isinya kan ? so , peringatan awal dari aku , sila sediakan kamus di sebelah anda sebab lepas ni aku nak ajar Bahasa Inggeris sikit . hahaha *gelak jahat* bersedialah korang .

today , i would like to teach you guys about how you can improve your English . alright , below will be my own ways on how i improve my English . so , please do not hesitate to read all of it because it will be a great guideline for you guys . (perhaps) so , let's get it started .

#watch English movies with subtitles.
i always read the subtitles on the movie and try to listen on how they pronounce the words . then , i will find it great when i can use and pronounce the words correctly.

#listen to English songs.
i kinda like most English songs . so , i will always sing along with my favorite songs . at first , i will sing with the lyrics on it . then , i just don't need them anymore because it's all in my head . just like how you sing One Direction's songs withoit looking at the lyrics right?

#start a conversation in English.
for exmple , when you are chatting with your friends on your social networks , try to use English . do it little by little . then , you will see that you have improved your English . notes here : please do not feel annoyed if i speak or write in English on any comments . it's not that i want to show off . i just want to be used to it .

#be best friends with English dictionaries.
during my primary school , i even had my own English vocabulary notebook . i would always jot down the new English words that i had learnt so that i could remember the words . so please , do not be lazy to open up your dictionary if you don't know the meaning of the words . (Google Translate cannot be fully trusted okay?)

#read English books.
i think it's my advantage because i love to read English novels . my favorite is Harry Potter series for sure . and also , i love the UK pronounciations and i still learn on how to pronounce it correctly . awww ! ^_^

anyway , it it just my own ways on how to improve my English . i'm happy to share with you all . and , sorry if there's still mistake on my English . i'm still learning . okay , have a nice day ! ^_^

tamat sesi pembelajaran Bahasa Inggeris untuk korang .. hahaha *gelak jahat* macam mana korang rasa ? best tak ? bosan tak ? takkan bosan kot . tak lama pun kan ? haha . actually , aku dapat idea nak update entry ni lepas aku tengok cerita Oh My English malam tadi.


best cerita tu kau tau . selain daripada kelakar , cerita tu banyak pengajarannya . so , silalah tengok okay . aku tengok pun asyik nak gelak je . kelakar . eh , tapi kelakar kelakar jugak . korang kena amalkan tips-tips kat atas ni tau . ni bukan copy paste ke , salin balik ke . ni 100% idea aku sendiri . dari dulu lagi aku amalkan . tapi aku tak kata la yang English aku ni bagus sangat . cuma selalu jugak dapat A . opss ! cuma korang kena ingat , English ni memang penting sangat . nak-nak dah masuk zaman moden macam ni . even makcik jual pisang goreng kat tepi jalan kena tau jugak sikit-sikit nak cakap omputih ni tau . yalah , cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba ada tourist yang berhenti sebab nak beli pisang goreng makcik tu . for sure diakena speaking kan ? takkan nak bantai cakap melayu je ? lainlah kalau tourist tu faham . oppss , melalut sudah aku ni .

ok fine . hakikatnya , English memang sangat penting . walau macam mana sekalipun , korang kena tau English ni . but , one thing for sure , korang kena ada minat jugak . kalau tak ada minat , belajar la macam manapun , memang takkan senang korang nak faham . betul kan aku cakap ni ? oklah , last word from me , tuntutlah ilmu hingga ke negeri China . ewah .. peace ! ^_^


note : tuntutlah ilmu walau di mana jua .

Friday, May 11, 2012

kisah dinihari..

ASSALAMUALAIKUM..

yeay , hari ni aku kembali lagi dengan entry yang baru . tiba-tiba pulak aku jadi rajin nak update entry kat blog kesayangan aku ni . kau jangan tanya kenapa . aku tak mampu nak jawab soalan bombastik kau tu . *hew hew hew* . entry aku yang sebelum ni pun dah cukup panjang right . so , yang ni aku tak naklah taip panjang berjela-jela macam karangan BM waktu Form 6 dulu . cukup-cukuplah aku kena perah otak cari isi untuk karangan tu dulu . tak sanggup aku nak ulang balik . ok , back to the topic . kau tengok tajuk tu kau rasa aku nak cerita pasal apa ? haha . ni malam jumaat kan . aku bukan nak takutkan korang . aku just nak cerita apa yang aku pernah lalui dulu . so , siapa yang rasa tak nak tahu cerita aku ni , please leave this page immediately . bukan amaran , tapi arahan *sangat* .

alkisah bermula suatu malam dulu . aku sampai bilik awal pagi buta waktu orang lain tengah sedap tidur atas katil tapi aku kepenatan and kesengalan sebab perjalanan yang jauh . aku sampai bilik tak menyempat nak buat banyak benda , pergi siap apa yang patut dengan niat nak habiskan semua tu cepat-cepat sebab nak tidur cepat-cepat . serius aku gila penat waktu tu . tak nak fikir apa dah . dah siap semuanya , aku pun dengan tak sabarnya baring atas katil aku yang 'empuk' tu sambil ditemani bantal-bantal kesayangan aku tu dengan niat nak cepat-cepat jumpa mimpi . once aku baring , ya Allah nikmatnya dapat tegakkan badan . the moment aku rasa aku dah hampir nak nyenyak , aku rasa katil aku macam bergoyang . apakah ?? aku buka mata , tapi tak nampak apa-apa . haruslah tak nampak sebab aku tutup lampu .

that moment aku dah rasa tak sedap hati . aku cuba bangun sebab nak hidupkan lampu . but , no . aku tak boleh gerakkan badan aku . that time, Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . takut , cemas , nak menangis , nak menjerit , semua ada . kalau kau kat tempat aku , mesti kau akan rasa perasaan yang sama macam aku kan . tipu kalau kau cakap tak . bila dah jadi macam tu , aku cuba cara lain pulak . aku nak panggil kawan aku . tapi ya Allah . suara aku pun tak boleh nak keluar . rasa macam aku dicekik sebab tak boleh nak keluarkan suara panggil kawan aku . then , aku dikejutkan lagi . aku dengar suara tu . suara yang berbisik kat telinga aku . sangat jelas bisikan tu , cuma aku tak dapat tangkap maksudnya . aku hampir pasrah je saat tu . apa lagi yang aku boleh buat kalau mulut and anggota badan aku seolah terkunci mati . aku hampir pasrah . tapi tak . aku kuatkan hati . aku baca apa-apa yang patut dalam hati . dalam masa yang sama , aku cuba sekuat tenaga untuk gerakkan badan aku .

dan , Alhamdulillah . aku dapat jugak lepas saat-saat mengerikan tu . aku terus terduduk , and aku fikir . setiap yang berlaku pasti ada sebabnya . dan aku sedar , pasti aku pun ada silapnya . apa yang pasti , aku nak kongsi dengan korang . sebelum masuk ke mana-mana kawasan yang dah ditinggalkan untuk beberapa tempoh waktu , tolonglah BERI SALAM . itu pesanan yang paling utama . dan , sebelum tidur jangan lupa amalkan surah 4 Qul dan Ayat Kursi yang menjadi pendinding paling kuat untuk kita . sekian sahaja . just peringatan untuk semua .


note : 'dia' tetap ada di mana-mana .


Thursday, May 10, 2012

kEnAnGaN

ASSALAMUALAIKUM..

the moment when entry ini dibuat , hati aku berbelah bahagi . opss , maaf . perkataan itu tidak tepat untuk menggambarkan apa yang cuba aku sampaikan . bukanlah hati yang berbelah bahagi . tapi lebih kepada perasaan yang tidak tenang . bukan apa , kita manusia biasa yang takkan pernah lari dari segala macam perasaan yang telah pun diciptakan oleh Yang Maha Esa . entah kenapa , tiba-tiba hati yang tenang jadi gundah tak menentu . perasaan yang tenang tu sikit-sikit berubah kepada perasaan yang berbaur . happy , sedih , takut . semuanya tergaul menjadi sebati dengan tanpa dipaksa-paksa . seolah-olah perasaan itu tak pernah cuba memahami tuannya . *maafkan aku andai kata sukar difahami* . aku akui bukan mudah untuk mengawal gerak geri sendiri . kadang-kadang apa yang akal kita ingin lakukan sentiasa tak seiring dengan cara sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak . aku akui tentang tu . di kesempatan ini , permohonan maaf aku tujukan buat semua yang mengenali diri ini . walaupun hakikatnya entry ini masih pada tahap intro , tak salah bagi aku untuk terlebih dulu mangajukan kata maaf ni .
berbalik kepada topik entry aku kali ni . KENANGAN . bila berbicara tentang kenangan , aku pasti setiap orang punya kenangan sendiri . tipu kalau kau kata kau tak ada kenangan . tak kiralah sama ada kenangan tu indah atau sebaliknya . begitu juga dengan aku . aku juga manusia biasa yang tak boleh lari dari merasai apa itu kenangan dan macam mana rasanya kenangan tu . hanya satu perkataan 'kenangan' tu boleh menimbulkan macam-macam perasaan dalam diri kita . sebab tulah aku katakan awal-awal tadi yang perasaan aku tiba-tiba jadi lain bila teringat 'kenangan' . dan perasaan tu sebenarnya lebih kepada perasaan sedih . ye , aku memang sedih saat entry ni ditulis . bila teringat kenangan , pasti perasaan sedih tu akan datang sendiri . entahlah , aku tak tau kenapa aku jadi macam ni . mungkin sebab masa aku tulis entry ni , aku sentiasa ditemani dengan lagu dari Bruno Mars bertajuk 'Who Is' . bagi yang tak pernah dengar lagu ni , korang dengarlah lagu tema blog aku ni . dan itulah lagunya yang menambahkan lagi perasaan aku yang berbaur sekarang ni .
aku memang ada kenangan yang selama ni tak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun tapi entah kenapa tiba-tiba je terdetik di hati aku untuk aku luahkan dalam blog kesayangan aku ni . kalau tak , takkan wujud entry yang sebegini . as to be clear , hanya yang memahami aku yang akan dapat selami apa yang aku rasa saat ni . so , kalau nak tau , meh sini aku cerita satu-satu kenangan aku .


#SEKOLAH
ramai yang akan kata rindu pada zaman sekolah . sebab apa ? sebab zaman sekolah ni kita rasa bebas , tak perlu fikir masalah yang berat , pergi sekolah pagi-pagi , tapi tengah hari dah boleh balik and petang dah rilek kat rumah . ramai yang cakap macam tu . sebab tu zaman sekolah tu best . percayalah , orang yang dah habis sekolah akan tetap rindukan zaman sekolah . dan aku tak terlepas dari merasai perasaan tu . aku memang rindukan zaman sekolah aku yang penuh dengan suka-duka waktu muda remaja . aku tau ada yang tak suka waktu sekolah sebab kena abide by the school's rules semua tu kan . tapi tu waktu sekolah , sebab tu kau rasa macam tu . kalau dah habis sekolah , trust me yang kau akan rindukan moment tu . kau tau , aku dah rasa macam mana seronoknya aku dengan kawan-kawan yang gila-gila and there's my close friend during school .

waktu ni aku cuma tunggu masa je nak start STPM . biasalah , budak sekolah . bila silibus dah habis , cikgu tak masuk mengajar lagi dah . so , aku cuma sebaik mungkin untuk habiskan saat-saat terakhir aku as SCHOOL STUDENT dengan kawan-kawan aku . sebab aku tau bila dah habis sekolah nanti , kau rancanglah macam mana baik sekalipun reunion tu , takkan semua dapat datang . aku tau korang dah ada life masing-masing and takkan sama jadual cari makan korang dengan jadual belajar aku and yang lain-lain tu . aku tau and aku faham . its okay , aku faham sebab aku pun kadang-kadang macam tu jugak . cuma satu yang aku boleh cakap , walau jauh mana kita terpisah . walau kat benua mana pun kita duduk , kita tetap kawan . just keep that word in your mind . *kenangan indah*

#KERJA
waktu nak tunggu result UPU , aku takkan duduk goyang kaki je kat rumah . aku pun macam remaja yang lain jugak . aku nak rasa pegang duit sendiri . aku nak beli barang-barang yang aku nak dengan duit hasil titik peluh aku sendiri . and then kau akan rasa yang barang-barang yang kau beli dengan gaji kau sendiri tu adalah barang yang kau sayang sangat . sumpah aku tak tipu sebab aku pun sayang sangat barang tu . kau tau , aku jadi operator kilang je . bagi aku , tak kisahlah kerja apa pun yang aku buat asalkan sumbernya tetap halal . tak payah nak malu-malu cakap yang kau kerja kilang sebab yang penting kau dapat duit and then kau boleh beli barang yang kau nak tu . then kau happy .

kalau nak cerita pengalaman kerja aku , memang panjang . but i'll try to make it short . seriously , even just kilang tapi aku enjoy sangat kerja kat situ . sebab best and kawan-kawan yang friendly . tambah pulak time aku masuk tu , ramai lepasan STPM . so , aku tak rasa kekok sangat nak bergaul . waktu kerja ni la baru aku dapat rasa macam mana susahnya nak cari duit . bukan senang tau . dengan belum ada apa-apa kelulusan tu . kau ingat senang nak dapat gaji besar ? kerja kilang je la yang layak untuk kau . tambah penatnya lagi . tapi bagi aku , kalau kita enjoy buat kerja tu , penat tu takkan terasa . buktinya , aku sendiri rasa semua tu . aku enjoy sangat waktu kerja tu sampai aku tak terasa pun penatnya kerja sebab aku seronok . and yang paling penting , tiap hujung bulan , gaji mesti masuk . ^_^


diorang ni yang banyak bagi aku ketawa , menceriakan life aku sepanjang aku bekerja . kau jangan pelik sebab kalau kami dah bergaul , boleh havoc tempat tu . and aku sure punya , waktu kami sama-sama berhenti sebab nak further study , bahagian kitorang tu mesti sunyi sikit . eh , bukan nak bangga , tapi kenyataan . waktu kitorang berhenti kerja , serious aku sedih sangat . adat la kan , setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan .


gambar ni waktu kitorang yang perempuan sahaja berhenti kerja . dalam kata lain , the last working day for us . serious aku rindu dengan kawan-kawan aku ni . entah bila dapat jumpa lagi , aku sendiri pun tak tau . *kenangan indah*

#ORIENTASI-MINGGU PERTAMA DI ALAM UNIVERSITI
yang ni aku tak tahan . bukan apa , kalau nak cerita pasal minggu orientasi @ minggu pertama masuk U ni , aku memerlukan kekuatan fizikal dan mental  kalau nak tulis pasal ni . bukan apa , kau tak tau apa yang aku betul-betul rasa waktu tu . macam-macam perasaan yang aku rasa waktu minggu pertama masuk U . happy tu memang aku tak nafikan . siapa yang tak happy kalau dapat masuk U kan . menipu je lebih kalau kau kata kau tak happy . kau nak tau , ni salah satu main reason kenapa boleh wujudnya entry kali ni . adalah sebelum ni , aku bosan-bosan , aku selongkar balik album lama-lama kat lappy aku ni . aku tengok balik semua gambar-gambar lama aku . then aku tengok la jugak gambar-gambar time orientasi ni .

magiknya , the moment aku tengok balik gambar-gambar orientasi tu , perasaan aku jadi lain . tiba-tiba rasa sebak tu muncul yang mana buat aku rasa pelik . kenapa tiba-tiba perasaan aku jadi lain ? hanya sebab gambar ? tapi aku fikir balik , aku renung-renungkan . memang haruslah aku rasa macam tu . main reason mestilah sebab aku rinduuuu sangat moment tu . the moment where semua batch aku sama-sama daftar and kat situlah kita mula kenal , mula rapat , mula bersatu . disebabkan bilangan kami yang bukan sikit , tapi tak berapa ramai tu yang buat kami rapat . sebenarnya , pengalaman masuk U ni yang ajar aku berdikari . kau bayangkan , masuk kat tempat yang tak pernah kau pergi , then kau tak kenal sorang pun kat situ . kau bergerak sendiri pada mulanya , tapi makin lama kau belajar tegur orang yang tak pernah kau kenal . lama-lama kau rasa selesa dengan orang tu , and kau stick together with them sampai sekarang . indah tau perasaan tu sebenarnya . kau tak percaya sudah .

yang buat aku lagi sedih bila teringatkan kenangan orientasi ni , was when parents aku dengan susah payahnya hantar aku sampai ke sini . some people anggap ni semua benda biasa je . but not for me . bagi aku , itulah moment yang paling susah aku nak lupa . kau bayangkan la . i'm the only daughter , and sepanjang hidup aku , aku tak pernah jauh dari family aku . then tiba-tiba je aku tercampak jauh kat hujung ni . kau pernah rasa perasaan tu ? *siapa pernah rasa sila angkat kaki* saat berpisah dengan family yang paling aku tak boleh lupa . sakan aku menangis bawah pokok . and disebabkan tu jugak , muka aku ni dicam oleh sorang fasi time tu . tapi saja aku cakap bukan . gila nak mengaku . malu la aku . biarlah apa dia nak cakap . kau tak tau , berminggu-minggu aku homesick . and lebih teruk , orientasi aku lebih banyak kat bilik rawatan . sebab aku demam rinduuuuu . seriously , kenangan orientasi buat aku sedih and happy . that's it . *kenangan indah*

#CINTA
kalau bercakap tentang cinta , hmmm . siapa yang tak pernah bercinta ? siapa yang tak pernah rasa sakitnya bila kecewa ? cuba bagitahu aku sekarang . and aku pun tak terlepas dari perasaan tu . kalau dapat diputarkan balik waktu , kalau boleh aku tak nak rasa sakitnya cinta tu kalau terputus di tengah jalan . perasaan putus cinta tu memang horrible tau . walaupun luaran kau nampak ok , tapi hati kau sebenarnya remuk , berkecai .


masa putus cinta , aku sentiasa cuba untuk sibukkan diri aku dengan macam-macam aktiviti . aku cuba elak dari dengar lagu-lagu yang sentimental sebab , kau faham-faham sendirilah . sakitnya rasa tu Allah je yang tahu . tapi sebolehnya aku cuba pendam je . and macam aku cakap tadi , aku tak boleh duduk sorang-sorang sebab nanti aku akan terkenang . aku tak nak dengar lagu-lagu sedih sebab nanti sedar-sedar je air mata aku dah mengalir . aku kena sibukkan diri sebab aku rasa dengan cara tu aku dapat lenyapkan sikit rasa sakit tu . seboleh mungkin aku cuba buat macam tu . tapi , betullah cakap kawan aku .

"KAU INGAT DENGAN CARA KAU YANG NAK SIBUKKAN DIRI DENGAN MACAM-MACAM BENDA NI BOLEH BUAT KAU LUPAKAN DIA KE ? MEMANG LUARAN KAU NAMPAK OK , TAPI DALAMAN KAU TETAP INGAT DIA JUGAK . WALAUPUN SIKIT"
and yes , macam apa yang lagu Bruno Mars ni kata , i know i'm not perfect . memang tepat apa yang dia kata . tapi aku tak boleh buat apa . aku cuma boleh harap yang masa yang berlalu ni akan semakin menjauhkan aku dari kenangan yang menyakitkan tu sebab aku tak pernah izinkan kenangan tu terus melekat dalam hati aku . aku tak nak and aku tak mahu . *kenangan pahit*

#CHILDHOOD FRIEND
ya Allah , kalau aku teringat balik kenangan yang satu ni , aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni . ni kisah zaman kanak-kanak aku dulu . dulu waktu kecik , aku ada sorang kawan ni , lelaki . tapi dia pangkat 'abang' . dia kalau datang rumah atuk aku , mesti dia akan jumpa aku sebab rumah aku dengan rumah atuk aku sebelah-sebelah je . then kalau jumpa aku memang tak sah kalau tak sakat aku sampai puas . taulah aku kecik lagi time tu . kami rapat sangat . dia pun rajin je layan aku walaupun aku agak nakal dengan dia . setiap kali dia datang jumpa aku tu , macam-macam yang kami buat , bual . then , kalau dia dah nak balik , aku macam tak nak bagi dia balik , sebab tak puas lagi jumpa dia . kalau boleh , aku nak cakap macam ni dengan mak aku .

"MAK SURUHLAH ABANG DUDUK SINI . KITA NAK MAIN PUAS-PUAS DENGAN DIA"

kalaulah boleh kan . kalaulah . tapi hakikatnya tetap tak boleh kan . sebab dia bukan abang aku . tapi aku suka dia sebab dia baik . tapi tu kisah dulu .

kau tau apa yang aku bayangkan sekarang ni ? aku bayangkan kalau dia tengah baca entry ni , and then he find me again . sebab dah bertahun-tahun aku lost contact dengan dia . serious aku rindu dengan 'abang' aku tu . kenangan aku main dengan dia waktu kecik dulu tetap dalam ingatan aku sampai sekarang . cuma sayang , seiring dengan perubahan waktu , aku semakin lupa rupa dia . how he looks before . aku lupa . aku cuma ingat yang dia pernah jadi sebahagian dari kenangan hidup aku . and aku harap , one find day aku akan jumpa dia semula . aku harap sangat .

'kenangan' . kalau nak cerita pasal kenangan , memang aku jamin page ni takkan cukup . sebab kenangan tulah yang menghadiahkan kita macam-macam jenis perasaan . and kenangan tu takkan pernah aku buang dari hidup aku . macam yang aku cakap tadi .

"kenangan ni kadangkala menyebabkan kita happy dengan saat-saat yang indah , perasaan yang indah . tapi jangan lupa , kenangan tu pun kadangkala menyakitkan kita dengan kisah-kisah yang mengundang kesedihan dalam diri kita "


 
note : try to live your life happily . ;)









Wednesday, April 18, 2012

hAbiT @ peRanGai..

ASSALAMUALAIKUM..

for first , saya nak habaq dulu yang entry kali ni akan menceritakan sepenuhnya tentang diri saya . *ok tipu , sebenarnya pasal habit je* . disebabkan saya dah jarang update entry kat blog ni , so saya dengan senang hatinya mengambil inisiatif untuk meng'update' entry pasal diri saya semata-mata . *ok la kan daripada terbiar bersarang blog ni . hew hew hew *gelak zaman sekarang* . kalau kamoo tengok tajuk entry ni , "habit @ perangai" . ha , automatik kepala otak kamoo akan set kata pasal habit kan ? *sapa kata tak tu memang nak kena dengan saya* . sebelum saya nak mula cerita ni ada sapa2 ke yang rasa nak stop and dalam kata lain malas nak baca ? kalau ada , sila angkat dua2 kaki anda . hahaha . *ok,gurau* jangan marah na . hidup memang kena gurau . barulah mesra ...... *erk , ada kaitan ke ?* ok , whatever . *sambil buat muka mintak penampar*

perangai atau nama saintifiknya habit ni adalah satu tabiat yang ada dalam diri manusia tak kiralah sama ada tua atau muda . setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ni mesti ada tabiatnya yang tersendiri tak kiralah sama ada tabiat baik atau buruk . betul tak ? please jangan kata tidak . *buat muka kesian* . ya , dan saya semestinya manusia yang turut dilahirkan di muka bumi ni dan mempunyai tabiat saya sendiri yang sesetengah kawan saya cakap teruk . *teruk tang mana pun tak tau la* . so , dah ready nak tau apa tabiat saya ? *angguk-angguk* . bagus .. ;)

#SUKA GAYAKAN TUDUNG
yang ni memang satu tabiat saya yang susah nak ubah . pantang duduk dalam bilik , mesti capai tudung , pin , cermin . dan maka dengan itu , *penat cikgu BM saya ajar,bahasa tetap teruk ;)* bermulalah proses penggayaan tudung yang macam-macam cara fesyennya . *tatabahasa teruk , maafkan saya* . tambah lagi kalau on lappy , connect wifi , bukak tab youtube , then search tutorial pakai shawl , pashmina , bawal . saat tu memang tak pandang benda lain , memang melilit jelah kerja saya . *best tau buat macam ni . tak percaya cubalah;)* . then , kalau dah siap gayakan , mesti tak lepas peluang untuk snap gambar tu . buat kenangan . *kononnya* . apa ? nak tengok gambar tu ? ok , nah ...


gambar ni dah lama . and ni first attempt saya masa buat kerja gila macam ni . sumber inspirasi , Youtube . ahaks *ketawa gedikss* . apa ? tak cantik ? ok , saya tau memang tak cantik . dah nama pun tak ada kerja kan . so , saya lilit ikut sedap hati saya . hahaha . *tak kelakar* . nak lagi ? nah ..


yang ni lagi satu gambar yang saya ambil sendiri . *sebab tak ada sapa nak tolong.sedih* . ni masa saya cuti kat rumah minggu lepas . bayangkan waktu tu semua orang dah tidur , tapi saya masih tak reti-reti nak tidur . *penyakit turun-temurun* . pergi ambil tudung bawal , ambil pin , duduk depan cermin . terus start kerja-kerja melilit macam tak ingat dunia . ada lagi .. nah ..


eh awak , yang ni gambar baru tau . baru ambil semalam . maknanya baru buat semalam la . hik , hik *gelak macam orang semput* . bukan apa , semalam kelas habis awal so , saya balik awal . sampai bilik macam bosan , tak tau nak buat apa . petang-petang pulak tu . nak study , orang kata study lepas asar tak digalakkan . *time macam ni tau je kan* . apa ? warna baju tak kena dengan tudung ? ye , memang saya sengaja buat macam tu . alasannya , sebab saya suka warna-warni . hahaha . hakikatnya , saya sendiri tak pernah pakai warna-warni macam ni . hahaha . eh , ada lagi . nah ..


yang ni tak tau apa nama fesyen ni . cuma saya terjumpa kat Youtube , then terus memulakan kerja gila saya . haha . *ok , lagi sekali tak kelakar* . senang je rupanya pakai macam ni . nampak kemas sikit dari yang lain . ngee ~~ eh awak , nanti dulu . ada lagi la .. nah ..


ha , kalau nak tau , fesyen ni namanya Bawal Ombak Rindu . sebab apa namanya Ombak Rindu ? cer tengok sikit kat depan tu . kan macam berombak sikit . thats why namanya Ombak Rindu . yang ni credit to Tasha Manshahar  yang upload tutorial pakai ni kat Youtube . hah , see that . kerja gila saya waktu lapang . tambah pulak roommate tak ada dalam bilik , lagilah kerja gila saya berjalan lancar . *kalau ada malu sikit* . so , nilah salah satu habit saya yang susah nak ubah . pakai tudung macam-macam gaya , pastu ambik gambar sendiri . *gila* . ada lagi gambar-gambar saya dengan tudung . tapi tak nak la upload semua . nanti semak je kat sini . eh tak , takut nanti kamoo bosan tengok gambar-gambar tu . hihi . eh , sebelum tu ingin diingatkan di sini , saya tak pernah lagi pakai tudung macam ni bila keluar . gambar-gambar ni semua cuma untuk suka-suka je tau . hakikatnya , saya tetap macam ni bila pergi kelas . peace ;)


#MAIN RAMBUT
ni lagi satu habit saya . suka sangat main rambut . tak kiralah rambut sapa pun , asalkan dekat dengan tangan saya , memang habis saya pegang-pegang , tarik-tarik . yang selalu jadi mangsa , kawan saya la . sampaikan dia geram dengan saya . tapi , ada saya kisah ? kalau dia terbaca entry ni , mohon maaf ye kamoo . nak buat macam mana , dah jad habit . eh awak , bukan rambut orang lain je tau . rambut saya pun of course la tetap menjadi kebanggaan saya . bukan bangga sebab apa , sebab boleh buat main sampai puas . macam saya dengan tudung tadi . kalau free pun saya buat macam-macam kat rambut saya tu . hik , hik . macam kakak Somalia kat sebelah bilik saya . *opsss* .

#NYANYI
ye , saya memang suka nyanyi . ni habit saya yang paling sangat amat susah nak ubah . *hancur BM* . cakaplah bila masanya yang saya tak nyanyi ? anytime , anywhere , nyanyi je kerja saya . *ok , tipu* . takkan waktu saya makan , saya tidur , saya nyanyi pulak kan . saya memang suka nyanyi . dulu , kini , dan selamanya . *hamboih statement . cannot go betei* . tapi saya tau lah , suara saya memang tak sedap didengar pun . masuk petandingan sekali je . lepas tu tak nak dah . *ceh , dalam hati teringin* . tengok orang lain upload video cover kat Youtube , serius macam teringin . tapi , fikir beribu kali dulu nak buat . huhu .

eh , betullah statement saya kat atas ni tadi . saya kalau nak nyanyi bila-bila masa je . paling kerap of course lah kat bilik sendiri . kalau kat bilik , roommate tak ada , on lappy , pilih lagu , volume bukak kuat-kuat , hah , hambik kau . macam bilik ni aku yang punya . *err..memang bilik saya pun* . tak kisahlah apa pun yang saya buat , mulut ni automatik nak nyanyi je . even tengah dengar ceramah mesti rasa nak nyanyi jugak . hah , lagi satu time kat dapur . orang tua-tua kata , kalau orang perempuan nyanyi kat dapur , nanti dapat husband tua . er .. boleh percaya ke ni ? tak betul kan ? bukan apa , mungkin takut apa yang kita masak kat dapur tu jadi hangus ke , tak sedap ke , sebab leka sangat nyanyi . *opsss*

#DUDUK DALAM GELAP
last one . saya memang suka sangat duduk dalam gelap . tak taulah kenapa kan . saya rasa duduk dlam gelap tu best . rasa puas . macam kamoo tidur malam-malam , kamoo tutup lampu . hah , rasa puas kan tidur tu ? *metafora tak masuk akal* . saya tak nafikan , ramai orang yang takut duduk dalam gelap . betul kan ? tapi , sorry to say *buat gaya macam kina dalam BiarMimpiSampaiKeBintang* , saya bukan dalam golongan tu . hahaha *ketawa Zizan* . ok , walaupun saya suka duduk dalam gelap , but still saya bukan orang yang berani . cuma kesukaan saya duduk dalam gelap ni yang buat kawan-kawan saya pelik .

bukan apa , kalau diorang masuk bilik saya , tapi bilik saya gelap macam apa , maka dengan itu bermulalah nagging mereka-mereka ni . eh , kalau diorang baca ni , saya nak cakap lagi , tu habit saya . kalau tak suka , maafkan saya . *ala-ala Zizan masa ABPBH* . pesanan kat sini , bilik gelap belum tentu saya tak ada kat bilik . ;)

dah puas kamoo baca ? ke ada yang nak tau lagi habit saya yang lain ? hehe . *gurau* . cukuplah dulu ye . kalau ikutkan hati saya , memang nak cerita semua . tapi nanti kamoo bosan baca panjang-panjang . err .. betul ke ? *muka blur* . eh , dah ye awak2 semua . setakat ni je entry kali ni . kalau nak lagi , sila hantar request anda . haha . ok bye . nah , senyuman ikhlas dari hati ..


last word : apa yang terfikir itu ada . *pinjam ayat Ramlee Awang Murshid* ;)

Friday, April 13, 2012

cEriTa CuTi , CeriTa U..

ASSALAMUALAIKUM..

hangpa semua apa habaq ? sihat ka ? cheq sihat ja .. tiba2 je i speak like this kan . *lempang muka sendiri bagi sedar* hei , jangan begitu bha . adei , tetibe plak sabahan kan . *lempang lagi sekali* ok2 , yang ni fact plak . i've been staying at Kedah for almost 2 years already . so , for sure i know even a bit about the loghat ok . err .. *ok , abaikan* sekembalinya saya di laman ini , *skema* adalah untuk update entry la wei . takkan nak masak plak . haha , ok tak kelakar . saya tak nak cerita panjang2 , nanti kamoo bosan pulak baca entry yang panjang berjela tapi takde isi . betul tak ? betul tak ?

ok , straight to the point . kamoo yang ada blog ni mesti anggap blog kamoo ni macam catatan harian atau nama saintifiknya diari .


yalah , kalau tak , takkan la kamoo mampu nak update entry setiap hari kan . in fact , ade yang satu hari sampai berkali-kali update pun ada kan . bagus betul orang macam ni kan ? banyak betul benda yang dia nak cerita .  kalaulah saya pun mampu buat macam tu . kalaulah .. kamoo mampu ?? apa2 pun , itu hak kebebasan masing2 . tak ada siapa nak halang . even saya sekalipun . ahaks *ketawa gediks*

hmm .. hidup kat U ni . assignments , quizzes , exams . memang tak boleh lari dari semua tu . lumrah hidup bagi mahasiswa . well , mahasiswa diciptakan untuk bergelumang dengan semua yang dah disebutkan tadi . ouchh , *sadisnya statement ni* tapi memang realiti . please admit that . *buat muka kesian* disebabkan saya dalam minggu exam sekarang , so entry kali ni pun dalam mood exam . well , blog dan tuannya harus ada chemistry . kalau tak , tak kena dengan jiwa . *melalut*

oleh kerana ada mid sem break , saya terpaksa jugak balik kampung . takkan nak tinggal kat sini bertemankan monyet2 yang ada . oh no , sekian je la . tak sanggup . even merentasi highway dari Utara ke Selatan , saya sanggup . demi kerinduan pada family . er .. *abaikan* ok , back to the story . saya sangat2 pelik . why ek , kalau balik rumah susah nak study ? nak fokus bukan main susah . ada je benda lain kita nak buat . contohnya macam ni .

"NAK BACA BUKU LA .."
TIBA2 .. "EH , ADA ABP LA . TUTUP DULU LA ."
"NAK BACA BUKU LA .. "
TIBA2 .. "EH , TAK BASUH BAJU LAGI . SAT LAGI SAMBUNG LA . "
"NAK BACA BUKU LA .."
TIBA2 ADA CALL.. "BEB , JOM TEMAN AKU . TAKDE KAWAN NAK PERGI NI .. "

and , sama jugak akhirnya . last2 , tak baca jugak nota2 tu . bawa balik bukan  main banyak . tapi separuh je yang saya baca . *ok tipu . quarter je* haish , apa nak jadi . susah kalau macam ni terus . *mohon jangan ikut perangai macam ni* serius cakap ni . cuti kat rumah banyak dihabiskan dengan makan , tidur , tengok tv memanjang , jalan , macam2 lagi . then , balik sini semula menyesal . kenapa la tak guna masa yang ada . jejak je kaki kat U pagi tadi , otak dah mula serabut lagi fikir examss . but i try to be cool . i stick to my principle . nothing is impossible right . haha .. *macam tak biasa*

nak cerita lagi . nak cerita lagi . cerita apa ? *blank jap* thinking ........................................................ ok , memang blank . baru sampai pagi tadi , kepala masih senoneng . kamoo tau ape tu 'senoneng' ? haha . pi try google translate . kalau tak jumpa , cari jugak sampai dapat . *cabar* ei , seriously , memang blank dah . 12 jam perjalanan , 1 malam tidur dalam bas . memang penat gila bapak . so , i better stop it here sebelum saya melalut yang bukan2 . happy reading guys . *er .. hope happy la*

Thursday, March 29, 2012

kau yang memberi aku bahagia..

ASSALAMUALAIKUM..

hari pertama saya ke sekolah tu untuk bengkel subjek , saya dah tanamkan dalam hati yang saya nak buat betul2 . saya taknak main-main sebab saya tau yang saya lemah dalam subjek tu . start daftar saya terus semangat . ye , semangat untuk belajar betul-betul . sepanjang bengkel , i focused on the teaching only . tanpa toleh kiri & kanan . masuk sesi petang , ok saya pindah tempat sebab tempat sebelum ni dah ada orang lain yang duduk . & something yang tak dijangka , saya jumpa kawan lama saya . duduk sebelah2 . so , mulalah macam2 cerita yang nak dikongsi . sampai saya agak leka . dia kenalkan saya pada awak . the first thing yang saya fikir tentang awak , nice ! awak nampak polite masa tu . then dia bagitahu saya lagi yang awak imam kat sekolah awak . i was impressed at that time . saya rasa 'wow' ! awak imam . so , saya segan sikit nak borak dengan awak . in fact , saya memang tak tegur awak pun time tu . yalah, siapalah saya kan . takkan saya nak tegur awak dulu kan , malu la saya.

that time masa saya tengah fokus semula pada teaching , saya tak tau la kenapa saya rasa nak tengok awak je . ya , saya mengaku agak tak sopan bila perempuan curi2 tengok lelaki . saya tau tu . tapi , saya tetap tak boleh nak tahan mata saya daripada tengok awak . kalau awak tengah fokus , saya mesti curi2 tengok muka awak yang nampak honest tu . terpikat ke saya ? ok, memang ya . that time saya rasa macam dah terpikat dengan awak . i admit that . tapi saya diam je . takkan saya nak cerita pulak kan . tak patut la macam tu . saya perempuan , saya tau batas saya . tapi saya cepat2 sedarkan diri saya . niat saya datang tempat tu kan nak tambah ilmu di dada . so, saya cuba lupakan perasaan yang mula membuai tu . sebab saya tak nak menaruh harapan . yalah , siapalah saya nak bergandingan dengan awak . tak layak rasanya . but then , tiba2 kawan saya beritahu something . dia cakap macam ni :

"Q TU ASYIK TENGOKKAN FADH JE DARI TADI"

saya terkejut sangat masa tu . betul ke ? awak asyik tengokkan saya ? kenapa ? i was curious at that time . tapi saya sedapkan hati . takkanlah awak tengokkan saya . tak ada sebab awak nak tengokkan saya . mesti awak tengok kawan sebelah saya kan ? yalah , kawan saya tu cantik . lebih cantik dari saya . takkan awak tengok muka saya yang tak cantik ni . ok , tu yang saya rasa & saya cakap kat kawan saya . then , kawan saya diam je la . mungkin dia pun fikir yang sama juga macam saya . ok , stop kat situ je pasal tu .

sesi malam pula , saya masih dapat tempat duduk yang sama . awak pun sama . but at that time , dewan tak ramai orang lagi . sebab tu saya , awak , & kawan2 kita yang lain masih dapat tempat yang sama . perasaan saya ? happy sikit la sebab masih dapat curi2 tengok awak . hihi . that time lambat lagi nak start program . so , saya borak2 dulu sampai puas sebab kalau dah start program nanti , susah pulak nak borak . tengah syok borak , my phone ade missed call . tengok2 , nombor tak kenal . so , saya malas nak layan . takut entah sapa2 je nanti . so , i just ignored it . then , i received another missed call from the same number . disebabkan nak tau sangat , saya missed call balik . then , kita main missed call je malam tu , entah berapa kali . tak lama lepas tu , ada message masuk & kata "hai". saya tak nak layan sebab saya tak kenal . tapi entah kenapa hati saya berat kata , yang itu awak . so , saya layan je & saya anggap itu awak . malam tu , kita texting banyak sangat . mula2 awak tak nak bagitau pun awak siapa . tapi saya tetap paksa awak sampai akhirnye awak admit that its you yang text saya .

AWAK , awak tau apa yang saya rasa waktu tu ? saya rasa badan saya menggeletar . saya tak tau kenapa . nak kata happy , mungkin . saya rasa macam mimpi yang awak text saya . saya bagitau kawan2 saya malam tu juga . tapi , awak tau apa yang diorang cakap ?

"DAH AGAK DAH , SEBAB TADI DIA ASYIK TENGOK FADH JE . TAPI FADH YANG TAK PERCAYA."

sejak tu , kita selalu text setiap kali free walaupun sekejap . hari ketiga bengkel tu , saya pakai baju warna kuning . awak text saya . awak cakap :

"SAYA SUKA TENGOK AWAK PAKAI BAJU TU . NAMPAK CANTIK."

ok , saya cakap awak pun nampak handsome dengan baju tu . hari terakhir program , saya mula terfikir , boleh kita jumpa lagi lepas ni ? yalah , awak kat mana . saya kat mana . sebelum saya naik bas pun saya tengok awak dari jauh je . takkan saya nak approach awak pulak . malu la saya . so , setakat tu je pertemuan kita . tapi , relationship kita tak habis kat situ je rupanya . 2  hari lepas tu awak confess kat saya  yang awak sukakan saya . i was like terkedu waktu tu . betul ke apa yang saya dengar ni ? saya tak salah dengar ke ? but then , you just asked me :

"BOLEH AWAK JADI GIRLFRIEND SAYA?"

saya diam je waktu tu . bukan saya tak rasa perasaan yang sama . tapi saya fikir , kalau saya terima awak macam tu je , betul ke tindakan saya ? tak cepat sangat ke ? then  i realized , kalau saya tolak , bila la moment macam ni akan ada ? lepas saya fikir , saya terus terima awak . saya bahagia sangat dengan awak . awak layan saya baik sangat . awak tak pernah marah saya even saya buat silap . awak cakap awak tak pandai marah . saya terharu sebab awak sangat menjaga hati saya .

LEPAS 8 BULAN,
saya rasa hubungan saya dengan awak macam dah tak ada hala tuju . saya dengan cara saya . awak dengan cara awak . saya makin sibuk . awak pun makin sibuk sejak awak masuk kolej . tapi saya continue Form 6 je . makin lama kita makin renggang . sampai satu masa , saya cakap dengan awak :

"HUBUNGAN KITA NI MACAM DAH TAK ADA HALA TUJU . KALAU MACAM NI LEBIH BAIK KITA BUAT HAL MASING2."

tapi awak tak nak . awak kata awak masih sayangkan saya . saya pun masih sayangkan awak . kita teruskan hubungan kita macam biasa . tapi saya bukan buta awak . saya nampak & saya rasa yang hubungan kita makain renggang . dan awak , makin lama makin menyepi . sebab tu , saya pun senyap je dari awak . saya dah pasrah , kalau setakat tu je hubungan kita , saya redha . saya doakan yang terbaik je untuk awak . since that time , kita sama menyepi & moment yang sangat tak boleh saya lupakan , when i tried called your number , then what i heard was :

"THE NUMBER YOU HAVE DIALLED IS NOT IN SERVICE."

hancur luluh hati saya waktu tu . rupanya betul2 awak dah pergi dari saya . saya sendiri . saya dah tak ada awak . tapi tak apa . saya kuatkan hati saya untuk terima hakikat yang saya dah kehilangan awak . saya sentiasa sematkan dalam hati saya yang awak akan kekal dalam memori saya . sejak tu , saya tak fikir tentang cinta lagi . saya lebih tumpukan pada pelajaran saya . saya nak buktikan pada semua orang , putus cinta tak bermakna saya akan gagal dalam hidup . walaupun saya akui , cinta pertama memang tak mudah untuk dilupakan . biarlah . masa yang berlalu akan menentukan segalanya . saya belajar dan terus belajar sampai akhirnya saya diterima masuk ke universiti . tapi yang paling mengejutkan saya , seminggu sebelum saya daftar , awak call saya . saya terkejut sangat waktu tu . saya tak sangka . & saya pelik , mana awak dapat number phone saya . satu lagi kejutan , rupa-rupanya one my best friend during Form 6 , sepupu awak . tak sangka , kecik dunia ni .

tak lama lepas tu , awak tanya saya satu soalan :

"KALAU SAYA NAK AWAK BALIK , AWAK SUDI TAK?"

seriously , i'm shocked . saya tak tau nak cakap apa waktu tu . tapi saya bagitau awak :

"SAYA TAK NAK AWAK MENARUH HARAPAN PADA SAYA . SAYA CUMA BOLEH CAKAP , BIAR MASA YANG MENENTUKAN . KALAU ADA JODOH , ADA LA."

dan awak pun nampaknya faham dengan keputusan saya . kita tetap tanya khabar masing2 even awak masih kat Selatan , tapi saya nun jauh kat Utara . makin lama , sekali lagi kita menyepi . few months saya kat U , saya ternampak post awak kat Facebook . awak post lirik lagu tu . mendalam maknanya . saya rasa macam nak menangis waktu saya baca post tu . kalau boleh , waktu tu juga saya nak beritahu awak yang saya masih sayang awak . tapi saya tak ada kekuatan . saya tak nak lukakan hati awak lagi . jadi , saya buat keputusan yang saya akan lepaskan awak . lepaskan untuk mencari bahagia awak sendiri . saya redha .

setahun lepas tu , saya tengok ada perubahan kat wall awak . & akhirnya saya nampak yang awak 'in a relationship' . saya akui yang hati saya sangat sakit untuk terima hakikat yang awak dah ada yang lain . saya kecewa . tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya dah buat keputusan untuk lupakan awak . sekarang saya dah masuk semester 4 & 25/3 yang baru lepas ni awak sambut birthday . saya nak sangat wish for your birthday . kalau boleh malam tu jugak saya nak wish . tapi hati saya larang saya buat macam tu . jadi , saya letak phone saya jauh2 sebab saya takut saya tak kuat then saya text awak . saya tak nak . tapi tepat jam 1.27 pagi , saya dapat call . bila saya tengok , nombor awak ! saya nak sangat jawab , tapi hati saya kata tak boleh . saya berbelah bahagi , nak angkat atau tak . akhirnya saya biar je sebab saya fikir , saya tak nak girlfriend awak fikir yang bukan2 kalau sayang jawab call dari awak .

esoknya , saya tengok wall awak lagi & saya terbaca post dari kawan awak . dia kata yang awak kekuar dengan girlfriend awak that day . ok , i admit that hati saya tetap rasa sakit . tapi kan saya dah janji dengan diri saya . saya redha awak pergi dari saya . saya redha yang awak dah ada pengganti saya . saya pernah cuba lupakan awak . bukan sekali , tapi banyak kali . sekarang , saya pasrah sebab mungkin segala yang berlaku ada kekhilafan dari diri saya jugak . awak tetap kekal dalam memori saya & saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak dari jauh . but , one thing for sure , sampai sekarang saya tak boleh dengar lagu yang pernah awak post sebab at the end , saya akan rasa sebak . biarlah . semoga awak bahagia dengan kehidupan awak . & saya tetap dengan kehidupan saya yang teramat susah nak terima lagu Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu..


note : biar takdir yang menentukan jodoh aku.

Tuesday, March 27, 2012

7 hAri mEnciNTaiKu..

assalam...
here..


nothing much to say...
i was so busy with my assignmentsss n so on...
just wanna say here that im curi2 baca novel ni which is baru je beli...huhu....
very nice story...
and i love it very much ! :)
thats all..thanks for your little time..:)


Monday, March 12, 2012

HapPy BirThDaY to Me !!

as mentioned on the title, u guys should have known that i'd celebrated my 22nd birthday recently..
actually, bukan la recent sangat..
my birthday was at 4th March 2012..
so, happy birthday to me!!
takde gambar kek nak letak kat sini sebab tak sempat nak amik gambar kek tu..huhu...
teruk saya dikerjakan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab tu...
anyway, thats for sure one of my best moment here...
just can say thanks a lot to them for such a big surprise that they'd given to me...
THANK YOU SO MUCH guys !!
you guys are my best friend forever..

sekian~~

Tuesday, January 17, 2012

FinALLy...

assalam all beautiful readers....for first, i just want to tell u all that finally i've done all my examinationsss for this semester....alhamdulillah...such a relief that i can finally get my rest even for TWO WEEKS only...why two weeks?? ok, its because i'm a busy person yang banyak dapat undangan ke majlis2 formal...senang kata, jadi rebutan la kan...ok, tampar diri sendiri sebab perasan sangat... hahaha..

my very last paper for this semester is pagi tadi which is for organizational behavior.... kamoo-kamoo rase senang ke susah subjek ni?? ok2, tampar diri sendiri lagi sekali for asking unrelevant question...of course the answer is only on those who have taken this subject right... but for me, its not that easy n its not that hard... sedang2 elok je...seriously, at the time i got the question paper....err i mean, when we were permitted to open the question, i was like....yeah... i know this...i know that... i've read it...thats why i know.... so, i answer the question with a smile on my face....


see that...biiiiiiggg smile..... hihihi...anyway, i've done all my examinations....so it is such a big relief.....n kamoo dalam kenangan ye slip exam untuk semester 3 ni....hihi...


so, i am currently quite busy packing all my clothes, things, and any other items that i have to leave it here at my beloved DPP PROTON. wow, beloved tokk!! haha...so many things need to packed here... n my room is like *tongkang pecah* right now sebab barang semua *terabur*....its only half complete...err.. not half actually....its like 40% only....huhu...


see...its only bookss....belum masuk yang lain2 lagi...baru sem 3 macam ni punya banyak ka barang saya...mampuih saya nak kemas...ow yeah...before i forget about it, i'll be back on 20th...yeehaa! really cant wait to see may parents, siblings, relatives...miss them damn much...

err....ok, dah kehabisan idea...better i stop it here before i merapu yang bukan2...mesti kamoo orang taknak dengar....is it?? ok fine....last word from me, SELAMAT BERCUTI !!! jangan lupe balik sem depan tau...hahaha

assalam ~~~~~


Thursday, January 12, 2012

sAyA sUkA..;)

CHOI SI WON SANGAT HANDSOME !!




AND CUTE !  :)


ALSO TO LEE GIKWANG !!





OK SEKIAN ~~~

Tuesday, January 10, 2012

rAhSiA tAriKh LaHiR..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...