About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Sunday, December 22, 2013

.happy birthday maybe?.


ASSALAMUALAIKUM ..


CAK !

hello blog ! hello bloggers ! hello readers ! lama tak jumpa aku kat sini kan ? haha . anyway , aku malas nak taip mukadimah panjang-panjang . dalam kesibukan final year ni , masa itu emas . kali ni aku nak wish birthday 2 orang kawan yang rapat dengan aku . by the way , sebenarnya dah masuk 3 kali depa ni masuk kat entry aku sempena birthday depa . tapi birthday aku tak pernah pun masuk kat entry sape-2 . sedih ! haha . eh , gurau je . 

disebabkan depa ni berkongsi tarikh yang sama , why not buat entry kat blog terus kan . tak salah kan ....... first and for most is Aishah Paiman . happy 23rd to you . semoga jadi anak yang solehah , berjaya dunia akhirat dan jangan lupakan aku kat sini . walaupun dah terpisah oleh jarak dan waktu , tapi kita masih dalam negeri yang sama . ingat tu . to readers , kalau nak terjah Facebook dia , tekan sini . 

the next one , anak Pak Cik Dahlan . happy birthday to you coursemate . semoga berjaya dunia akhirat . jadi anak yang solehah dan jangan berangan Mr. Arrogant kuat sangat . dia laki aku , kau kena ingat tu ! anyway , tak payah la wish kat kau panjang-2 . lagipun , kita dah main air kat toilet tadi kan ..... and time aku taip entry ni pun , ko tengah terbongkang depan aku . haha . oppsss ! kantoi ! and to readers , kalau nak terjah Facebook dia , tekan sini . 

eh , sebelum terlupa . aku ada hadiah kek untuk korang . penat aku bakar tau tadi . nak decorate lagi . korang makan la kongsi-2 . jangan gaduh pulak tau . okbai . 


Sunday, November 17, 2013

Review Novel #3 : Kelabu by Fixi & Awek Chuck Taylor by Lejen Press

ASSALAMUALAIKUM ..

hi peeps ! lately ni aku rasa aku asyik review bout novels je kan . korang kena faham yang sebenarnya mood aku nak baca novel dah kembali . haha . macam apa entah nak kembali bagai . geli pulak aku dengornye . ok , speaking of novels , sepanjang cuti sem minggu lepas macam banyak gila aku baca novel . assignment macam ke tengah laut sikit la aku campak . tapi bila dah naik cuti terpaksa la aku kail semula assignment tu . kena back to normal behavior . assignmentsss , classes and lotsss of stuff to do before my very last semester ends . so , sekarang aku nak review lagi tapi 2 novel sekaligus . malas nak up entry banyak-2 . aku jamak sekali 2 novel . senang . 

#Kelabu by Fixi


aku tak tau la kan . lately ni mungkin taste aku tengah berubah ke novel-2 macam ni . urban , indie and etc . mungkin aku nak cari kelainan . mungkin . sebab setiap kali aku masuk kedai novel , memang genre macam ni yang aku cari dulu . tengah hot kan . kebanyakan novel jenis ni pun best gak . boleh tahan la . so , tak salah kalau aku tukar angin sekejap . hihi . anyway , sebelum tu baca dulu sinopsis novel ni .

"Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih . Baik-buruk , betul-salah , cinta-benci ...
lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah ? Apa jadi pada orang-orang macam aku ?

Bila Jun datang pada aku , menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak' , aku tak tolak . Salah aku ke kalau aku kata 'ya' pada awek cun ? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ?

Aku Amir . Jemputlah masuk ke dunia aku , di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas . Mungkin hanya lepas tu , korang akan faham macam mana rasanya berada di dunia aku .

Dunia KELABU ."

at first masa aku baca sinopsis ni tak ada la aku terus faham jalan cerita dia macam mana , watak-wataknya macam mana . macam samar-samar . tapi orang kata novel ni best . that's why aku nak beli . harga pun berpatutan dengan tebal novel ni . RM24.90 . so once dah beli , tak menyempat sampai bilik , duduk kat kedai makan terus aku baca . mula-mula macam tak berapa nak faham . biasa la , baru page yang first . memang la tak paham kan ! 

watak utama novel ni Amir . Amir dalam novel ni digambarkan sebagai seorang photographer yang macho and sangat pandai nak pikat awek . kira pandai mengayat la . mulut manis je . dasar . tukar awek pun macam tukar baju . mula-mula macam geram gak pun ada dengan lelaki macam ni . senang gila terpikat and senang jugak memikat then senang pulak tu dapat . ish , semua senang la . Amir ni jugak ada sorang kawan baik nama Shah . Shah dalam novel ni digambarkan sangat handsome and gentle and macho . aku baca ni pun macam , waaa ... handsome sangat ke ? tapi bagi aku , Shah ni jenis yang setia . kau bayangkan , berapa banyak awek yang minat kat dia . cun-cun pulak tu . tapi dia tetap stick to one . cuma sorang je yang dia tunggu . nak tau sape kena la baca . anyway , Amir ni ade sorang awek which is Jun . Jun ni journalist-to-be . at first dia dengan Amir just untuk tulis artikel yang nak dipublish kat majalah je . but then , dia develop feelings pulak . mula-mula bayangkan percintaan diorang ni lovey-dovey sangat kan . tapi , bila dah terbongkar siapa sebenarnya Amir tu , macam geli sikit pun ada . Amir tu sebenarnya Amira ! rupanya Amir tu pengkid !

mula-mula aku baca novel ni macam boring je , macam tak best je . tapi kalau baca betul-betul , best jugak der . cuba kau hayati , baru ada feel nak baca . part yang aku suka dalam novel ni bila Amir pergi ke Melbourne tu tanpa fikir panjang sebab nak pujuk Shah yang merajuk kononnya . bila dah sampai Melbourne tu baru dia fikir , apasal dia boleh fly sejauh tu semata-mata untuk seorang LELAKI ? selebihnya korang baca la sendiri . ni salah satu novel yang worth buying sebab banyak berkisarkan tentang current social issues . and lastly , how they make the effort untuk berubah kepada fitrah seorang perempuan . big congrats tu Nadia Khan , penulis novel ni sebab berjaya menyelami watak lelaki sampai aku tertipu , ingatkan Amir ni lelaki .

#Awek Chuck Taylor by Lejen Press


ni satu lagi novel yang aku dah baca . kalau tak baca , takde maknanya aku nak buat review . sebenarnya tak banyak yang aku boleh review pasal novel ni . cuma novel ni memang berdasarkan kisah sebenar . masa aku beli novel ni pun dah cetakan kelapan . cetakan pertama tahun 2011 , means dah lama sebenarnya novel ni published . tapi baru ni aku tau kewujudan novel ni . so ketinggalan la aku ni ! 

novel ni menggunakan 'aku' yang menunjukkan penulis sendiri which is Nami sebagai Hafiz , watak utama novel ni and Mira sebagai Awek Chuck Taylor(ACT) . sebab apa ACT ? sebab Mira ni suka sangat pakai kasut Chuck Taylor . kalau tak tau korang search la sendiri macam mana rupana kasut Chuck Taylor tu . Mira ni pun ada adik perempuan nama Nana yang ada sakit asma yang teruk jugak la sebab dia tak boleh pegang kucing , tak boleh makan kacang and tak boleh lasak sangat . kalau nak cerita dari sudut pandangan aku , aku tak boleh nak cerita sangat sebab watak Mira dah meninggal . bukan meninggal dalam novel ni . tapi , memang dah meninggal dalam realiti due to cancer (if i'm not mistaken) . tapi Nana pun meninggal jugak at the end of this novel sebab dia termakan makanan yang ada kacang masa dia dah sambung belajar . Mira and Nana ni pun sebenarnya adik beradik . 

bahasa yang digunakan dalam novel ni bagi aku terlampau sempoi and urban sampaikan kadang-kadang tu aku baca and my reaction was like , "apa punya bahasa ni ? tak ada yang elok sikit ke ?" . tapi nak buat macam mana , itu realiti zaman sekarang . watak Hafiz ni bagi aku macam terlalu berlembut dengan girlfie . apa yang gf dia nak or suruh , semua dia buat . konon-konon macam nak bantah , tapi dengar suara manja sikit terus melting . ish ... watak Mira pulak , bagi aku kasar . tapi setiap kali dia cakap , mesti berdasarkan fakta . cuma yang aku tak berapa suka bab dia mempersoalkan agama tu . well , i really hope this is not true . tapi Mira ni memang jenis yang suka baca . no wonder la cara dia bercakap pun macam educated . Nana pulak sangat berbeza dengan Mira . Nana ni katanya lagi cun daripada Mira . lembut pulak tu . sebab tu la Mira boleh jealous dengan adik sendiri bila Hafiz borak lebih-lebih dengan Nana . and tak hairan jugak la bila Hafiz tanpa sedar boleh terpikat dengan Nana . 

anyway , macam aku cakap tadi . watak Mira atau nama sebenarnya Ezreen and Nana atau nama sebenarnya Elly dah meninggal dunia . takziah untuk keluarga mereka . bagi aku , part yang agak touching dalam novel ni bila Nana meninggal sebab Hafiz tak tau lagi masa tu . dia cuma tau bila ramai yang ucap takziah kat dia masa dia nak daftar kat pusat pengajian . kalau aku pun sentap . tapi tu la . dah takdirnya macam tu . 

Al-Fatihah :
Sherina Ellyana Sulaiman (Nana) 
19 April 1987-8 Julai 2007

Ezreen Emira Sulaiman (Mira)
9 Mac 1986-9 Jun 2012

Thank you for reading this entry !

Tuesday, November 05, 2013

Review Novel #2 : Asrama by Buku Fixi

ASSALAMUALAIKUM ..

ok guys , hari ni aku nak update lagi . jangan ditanya kenapa aku terlebih rajin nak update entry minggu ni sebab aku sendiri pun tak tau kenapa .yang penting kali ni aku tak nak intro panjang-2 . just straight to the point . aku baru lepas baca novel Asrama by Buku Fixi . 


memang best . tak tipu . setiap watak berkembang dengan baik . storyline pun tak berat sangat . tak berbelit-belit . walaupun novel ni bersifat horror , tapi bagi aku yang memang minat genre macam ni memang akan terus tertarik and tak sabar untuk tau cerita sebenarnya . bila aku baca novel ni , aku rasa susah nak berhenti and nak habiskan cepat-2 . memang sangat best . seolah macam ada tarikan yang buat aku macam tak nak tinggal novel ni lama-2 . setiap watak memang ada misteri yang tersendiri yang buat kau tertanya-tanya . hah , tu la yang rasa bila baca novel ni . 

tapi , walaupun horror , bagi aku horror yang cuba disampaikan tak keterlaluan and typical . eh , aku bukan kutuk tau . aku cakap je sebab nak bagi orang yang acah-acah takut baca novel macam ni untuk beli . sebab , horror dia masih ringan . overall , aku tetap bagi thumbs up untuk novel ni sebab daripada cover tu je dah buat aku tertarik nak beli . ending novel ni pulak memang tak dijangka langsung . unpredictable . and i'm surprised . so , kalau nak tau sangat apa yang 'surprised'nya ending novel ni , pi la beli nooo ... untuk yang dah beli , baru nak beli , tengah baca tu , happy reading guys !

Thank you for reading this entry !

Monday, November 04, 2013

Review Novel #1 : Kekasihku Mutan by Roman Buku

ASSALAMUALAIKUM

sebenarnya aku ni memang pemalas nak update belog . aku malas nak update pun bukan sebab apa . line internet tak ok @ macam siput sedut . kadang-2 tak dapat line langsung . sebab tu kadang-2 kalau idea mencurah-curah pun , aku jadi terbantut nak update new entry . ok , aku tak nak bebel panjang-2 pasal masalah 'negara' aku ni . entry kali ni aku nak cerita sikit or dalam erti kata lain nak review sikit pasal latest novel yang aku dah baca . 

Kekasihku Mutan

bagi aku , novel ni menarik ! sebab ada tanda seru ? sebab bagi aku memang best . walaupun sesetengah orang mungkin akan cakap yang novel ni mengarut sikit tapi , bagi aku dah cukup best .kisah yang dipaparkan dalam novel ni memang lain sikit . bagi yang tak tau lagi pasal novel ni , baca dulu sinopsisnya ni .

"Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen.Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun kedunia lakonan.
Dalam kemasyhuran,seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.
Siapa Adib sebenarnya?Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak  terhalang."
now , aku nak ulas sikit pasal novel ni . bagi aku , gaya penceritaan yang simple dan menarik . lagipun , konflik tak berat sangat . senang nak faham & tak berbelit-belit . so far , aku suka dengan novel ni . seriously aku cakap , mula-2 aku nampak novel ni aku dah rasa nak beli .cover novel ni pun dah buat aku tertarik nak beli . jalan cerita pun best . aku rasa memang akan ada orang yang akan kata yang novel ni mengarut . tak logik . tapi ok what . nama pun fiksyen . mesti la penuh dengan imaginasi . aku pulak memang baru nak berjinak-jinak dengan novel-2 dalam kategori ni . sebelum ni asyik dengan novel cinta yang jalan cerita dia yang kebanyakannya lebih kurang sama je . so , memang aku boleh terima . kira aku nak tukar angin sekejap la .

ok , that's all komen aku untuk novel ni . korang yang tak beli lagi , bolehlah beli dari kedai-2 buku yang ada jual novel-2 macam ni sebab tak semua kedai buku yang jual buku-2 terbitan ni . pada yang belum beli , selamat mencari . pada yang dah beli tu , selamat membaca . pada yang dah baca pulak , amacam ? best tak ? share sikit ..

Thank you for reading this entry !

Thursday, October 31, 2013

Bye October ! see you next year .

ASSALAMUALAIKUM

korang kalau nampak entri aku sebelum ni 'Hello October' kan . sekarang ni aku nak buat 'bye october' pulak . maka kerana itu la boleh terbit entri ni . sebenarnya sebab aku tak ada idea sangat pun nak update entri ni . atau dengan kata lain , malas . atau dengan bahasa mudahnya , aku sibuk . busy dengan thesis yang due date dia sentiasa around the corner . nak bernafas sekejap pun susah . kadang-2 aku rasa macam dah habis semua assignment aku buat . tapi , tiba-2 datang pulak assignment yang baru . dah terpaksa buat lagi . tak ada rehat sangat . tak macam hidup aku masa semester 1 dulu . rasa nak enjoy je . bukan enjoy pi clubbing ke , karaoke je memanjang . tapi enjoy dengan jalan-2 ke sana sini . semester ni paling mencabar bagi aku . sebab , like i said just now , terpaksa berperang dengan mini thesis yang sangat memeningkan kepala . tapi , nak buat macam mana kan . bak kata lecturer aku , "dah nama pun student . so, memang macam tu la gayanya walau busy macam mana sekalipun ." sebelum tu aku nak ingatkan dulu . entri kali ni pun bersifat random sebab aku nak combine few things yang tak related pun to each other . aku just cerita ikut suka hati aku je . tak teratur pun . 

# student life
eh , cukup la ye paragraph mukadimah tu . tu pun aku rasa macam dah melalut banyak sangat . ok , back to the topic . first thing to say is about my student life . sepanjang bulan October ni aku tak dapat nak update sangat haih . macam-2 benda nak kena fikir . assignment , project , practicum . practicum is the toughest thing yang aku kena settlekan . kau ingat senang nak cari kerja zaman sekarang ni . kalau dah ada ijazah sekalipun belum tentu kau boleh dapat kerja dengan cepat . memandangkan aku dah last semester , so aku kena la cepat-2 cari penempatan untuk praktikum . dah 2 bulan mencuba , tapi hasilnya masih negatif . kan aku dah cakap tadi , bukan senang nak cari kerja sekarang . tambah-2 nak compete dengan fresh graduate pulak tu . penempatan pun tak banyak . benda macam ni pun boleh buat kau stress tau tak . paling stress kalau kau call sebab nak dapatkan feedback , then dia cakap penempatan dah penuh . and then dia cakap dia tak terima course yang kita amik . sangat mengecewakan . so , at the end , aku masih mencari dan terus mencari . entah sampai bila . 

#camwhore
hah , yang ni penting untuk korang tau . kalau yang dah tau tu diam-2 je . baca sampai habis entri ni ae . korang yang suka sangat guna perkataan CAMWHORE tu tau tak maksud sebenarnya apa ? kalau tak tau meh sini aku nak habaq kat hangpa . ni berdasarkan maklumat yng aku dapat la . 

"A camwhore is an individual who perform sexual services on the internet with webcam software in exchange for money or goods , usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wishlist or add to their online account . while the label is usually considered derogatory and insulting. The term camwhore is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the internet to gain attention."


so , nampak tak apa maksudnya ? mohon jangan guna lagi perkataan tu lepas ni kalau korang dah tau maksudnya k . benda yang baik tu kita kena kongsi kan . so , aku dah share maksud  CAMWHORE ni . kalau korang sebenarnya dah tau maksud camwhore ni apa , but still guna perkataan tu , memang aku tak tau la nak kata apa . memang korang attention seeker agaknya . kalau nak jugak letak caption kat gambar yang korang amik sendiri tu , letatk la caption , "macam cantik je , macam comel je" . oppssss !

#Lejen Press , Terfaktab , Fixi , Roman Buku
yang ni mesti korang pun dah tau kan . sebab publishers kat atas ni memang dah top pun kat Malaya ni . kebanyakannya novel indie dengan gaya penceritaan yang sangat santai , sempoi . boleh gelak-2 pulak . lagi-2 Kitab Terfaktab . sebenarnya buku-2 di bawah publishers ni pun dah lama keluar . tapi aku yang malas nak amik tau sangat pasal ni je yang baru minggu ni dapat tau . padahal kat kedai-2 buku dah banyak terpampang novel-2 ni , cuma aku je yang malas nak pandang . ingatkan tak best . but , sekali baca , best jugak . kelainan daripada novel-2 yang aku baca sebelum-2 ni . alkisah di mana bermulanya aku minat kat novel-2 ni begini ye . minggu lepas ada jualan novel-2 ni kat U aku . kira Jelajah Lejen Fixi tu la . ada bukak booth yang jual buku-2 ni . mula-2 nampak macam tak menarik je . tapi kalau dah hari-2 lalu lalang kat booth tu , satu hari aku pun macam terdetik nak tengok . so , aku singgah and belek-2 la buku tu . 3 buku for RM50 . murah la tu ! so , lepas dah tengok-2 tu aku pergi macam tu je . tak beli pun . then , bila dah balik macam terbayang-bayang je novel-2 tu . esoknya , aku pun tengok lagi . tak ada orang pun kat booth tu masa tu . so , aku belek punya belek , sampai la aku beli 3 novel dengan harga RM50 . sampaikan dengan kawan aku sekali ikut terhasut beli novel tu . hasilnya , taraaaaa .... I Am Lejen . 


that's the tiga novel indie terawal yang aku grab kat booth Lejen tu . so far baru baca 'Kekasihku Mutan' . boleh tahan best . dia macam seram-2 sikit , misteri sikit . tu yang aku suka tu . selain tu , Terfaktab pun boleh tahan best jugak . karya Terfaktab yang famous yang aku tau is Awek Chuck Taylor . tu pun aku baru tau semalam . haha , teruk kan aku ? yang aku tau Awek Chuck Taylor ni berdasarkan kisah realiti . tak tau la betul ke tak . siapa-2 yang tau boleh komen kat entri aku ni . anyway , Terfaktab ni boleh kalau kau nak beli novel dia and baca . kalau nak baca online pun boleh . tapi , aku tak jamin la kalau kat blog ni entri dia pendek , tapi kalau novel dia expand laagi cerita tu . ada jugak yang tak ada dalam blog and dia terus buat buku . kalau nak baca , klik ni Terfaktab .

#Love You Mr Arrogant

wowowo ... kalau sebut je tajuk drama ni mesti ramai terutamanya golongan perempuan macam aku ni naik meroyan . eh , aku bukan cakap korang je tau . aku sendiri pun duk tergila-gila kat cerita ni . best , romantik , sedih semua ada . sangat-2 teruja kalau aku tengok cerita ni . kalau tak gelak mesti senyum je tengok Irham dengan Zaara . ada je keletah diorang . so , kesimpulannya memang aku pun gila dengan cerita ni . lagi-2 watak Irham . omei angat ! 

eh , aku rasa macam dah panjang sangat je entri ni . so , aku stop kat sini dulu na .  see you next time . Bye October !

psstt : nak sambung tengok Love You Mr. Arrogant la !

Thank you for reading this entry !

Tuesday, October 01, 2013

Hello October !

ASSALAMUALAIKUM ..

Hello October ! sedar tak sedar dah masuk bulan 10 pun . sekejap sangat masa berlalu . padahal aku rasa macam baru je minggu lepas register semester baru . la ni tup-tup dah nak cuti semula . cuti midsem la kan . ha .. sekejap tak sekejap la kan .. tapi life as a student memang tak sah kalau tak busy , right ? mesti kau akan sibuk dengan lectures , assignment , discussion , projects and etcetera . skema sangat ayat aku kan ? haha ! anyway , bulan Oktober ni aku tak expect something interesting akan berlaku dalam hidup aku . yelah , aku tak naklah kalau aku mengharap sangat nanti tak kesampaian pulak kan . eh , apa yang aku merepek ni ?

hari ni hari Selasa . supposedly , aku takkan se'relax' ni untuk last semester aku kat sini . eventhough kerja bertimbun-timbun nak buat , boleh pulak aku relax kat bilik , tengok movie , online and macam-macam lagi la kan . tapi , konon-konon hari cuti . so , semua benda pun kalau boleh nak cuti jugak la kononnya . ow yeah , aku lupa nak mention about blogging dalam list relax aku hari ni . memandangkan dah dekat sebulan aku tak update entry , so dengan 'rajin'nya aku update hari ni walaupun sebenarnya takde benda sangat pun nak cerita . cerita-cerita cliche je yang aku ada . sepanjang September pun banyak jugak aktiviti yang aku join . but the most memorable one was Minggu Suaikenal 2013/2014 . sangta best woo . gua tak tipu . eventhough penat yang teramat , tapi memori tu takkan boleh lupa sampai bila-bila .


one of the best moment ever . kenangan untuk aku yang dah last sem ni . other than that , tak lain , of course busy with campus life . aku pun malas tak tau how to tell you much pasal story aku ni . bukan sebab apa . kadang-kadang idea aku nak menulis tu dah mencurah-curah . tapi ada je halangan yang datang . contohnya , macam entry ni . aku dah ada idea nak tulis sebenarnya . but then, stucked . sebab ada hal yang nak kena buat . sebelum-sebelum ni pun sama jugak . idea dah mencurah-curah , tapi line internet pulak tak dapat . maka dengan itu , terhenti di situlah idea-idea aku semua . lantas , berlapuk dan bersawanglah belog aku ni ditinggalkan berbulan-bulan tanpa dijenguk barang sekejap . 

ok , macam aku cakap tadi . idea dah terputus . jari jemari pun dah mula menitipkan kata-kata terakhir untuk entry kali ni . sebenarnya aku ada kuiz esok . so , sekian sahaja random entry untuk kali ni . hope to see guys again in the next entry .  toodles .

psstt : aku dah post barang-barang aku ke kampung halaman . tak sabar nak habis belajar . "Nanti kita jumpa kat rumah ye.." kata aku kepada kotak .


Thank you for reading this entry !

Sunday, September 08, 2013

meet my youngest cousin, Aina

ASSALAMUALAIKUM ..

dah lama gila aku cuti daripada blogging . lama sangat-sangat sampai password pun aku hampir-hampir lupa . tapi hari tu la . sekarang dah ingat balik dah . kalau tak , tak ada maknanya entry ni boleh publish kan .. ok , entry kali ni aku nak introduce kat uollsss aku punya youngest cousin . so , meet my youngest cousin , Aina .


sepanjang cuti semester , aku memang tolong mak aku jaga dia ni la . kecik , comel , buat orang geram je dengan dia ni . 14 September ni genaplah umur dia setahun . and what makes people around her laughed out loud was dia pandai buat mimik muka . kadang berkerut , kadang sengih lebar-lebar sebab nak tunjuk gigi dia yang baru tumbuh empat batang tu . then , kadang-kadang kalau dia merangkak and aku kejar dia dari belakang , dia akan terus duduk and sergah aku . agaknya sebab dia dah tak larat nak merangkak jauh , thats why dia marah aku supaya jangan kejar dia lagi . tapi , satu gambar ni memang nampak real bagi aku . 


nampak macam dia pegang phone sendiri and ambik gambar dia sendiri kan ? haha , funny but cuteness overload . pandai pulak dia buat mimik muka tu kan . aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal cousin aku ni . sepanjang cuti semester yang baru je lepas ni , memang masa aku kat rumah banyak melayan and menjaga dia ni . tambah-tambah bila bulan puasa mak aku dah mintak aku uruskan dia ni . so , lagilah banyak masa aku main and layan dia . so , daripada situ hubungan aku dengan cousin aku yang sorang ni makinlah bertambah akrab . sekarang ni , dia dah pandai dah . nampak aku pakai tudung mesti menangis sebab nak ikut . that's her . tapi bukan aku je la . mak aku pun sama . kalau nampak mak aku pakai tudung pun mesti sibuk nak ikut . macam tulah perangai budak kecik kan . 



that's it . memang tak boleh nak cakap banyak pasal dia ni  sebab it's speechless . jarak umur aku dengan dia yang jauh ni agaknya buat aku rapat dengan dia . eh , yeke ? kadang-kadang aku terfikir , dengan umur aku yang dah cecah 23 tahun ni , aku ada sepupu yang baru umur setahun . even my mum said that . sebenarnya entry ni boleh publish sebab aku rasa it's something that i want to share . Aku Penya Belog kan . so what ? *angkat-2 kening* 

lastly , comel tak kak ton ?


Wednesday, June 26, 2013

kecewa

ASSALAMUALAIKUM ..

today was my second last paper for final . kecewa . tu je yang aku mampu cakap . kecewa sebab tak dapat jawab dengan baik . waktu aku dapat je soalan tu  aku rasa macam nak ..


tapi , kena ingat jugak yang ..


dan ingatlah jugak yang ni .. 


okbye .

Thank you for reading this entry !

Saturday, June 22, 2013

setiap pertemuan akan ada perpisahan

ASSALAMUALAIKUM ..

entri kali ni agak touching . aku rasa boleh dikategorikan sedih . sebab tu aku bagi tajuk macam tu . setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan . and the same goes to me . pahitnya perpisahan tu sebenarnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata . kalau kau mampu sekalipun , mesti air mata kau akan mengalir . walaupun at first , kau rasa macam tak ada apa-apa , tapi percayalah . once they all dah pergi , the emptiness and loneliness tu baru betul-betul kau rasa . eh , mesti ada yang tak tau sebab apa boleh wujudnya entri ni . you know what , it's their final semester . their , not me sebab aku masih kat sini . 'they' yang aku maksudkan tu are my UUM batchmate since 2010 . 


carilah aku yang semestinya berbaju biru . haha . walaupun tak ramai berbanding dewan penginapan yang lain , tapi disebabkan tak ramai tu la kami boleh kenal hampir semua . they are super awesome actually . masih aku ingat , kenangan waktu pendaftaran dulu yang masing-masing macam nerd je . sopan , suci je . kenal atau tak belakang cerita . nama pun baru nak kenal kan . sampaikan aku rasa malu , tak percaya bila tengok balik gambar-gambar lama . aku rasa macam , 'innocent'nya muka aku dulu .  beza sikit dengan sekarang . tak percaya ? tengoklah sendiri . bandingkan . 


banyak-banyak gambar , ini je yang aku jumpa . baru aku sedar , tak banyak jugak gambar yang aku simpan ek . belah kiri sem 1 , belah kanan sem ni punya ohh . but nevermind , yang penting memories . minggu ni aku rasa boleh aku kategorikan minggu paling touching sebab minggu perpisahan dengan mereka . so, disebabkan ni final semester bagi diorang , satu hari kami habiskan masa bersama . 20 JUN 2013 yang dah jadi sejarah sebab we spent the last memories together . all that we'd done were photoshoot around UUM and some farewell party at night . 






saranghae .. haha . aku rasa macam kelakar pulak Zul buat saranghae macam tu . walaupun kena menghadap panas terik matahari , gigih ambik gambar macam nak gila . memories punya pasal , ada aku kisah semua tu . haha .


aku rasa gambar ni smart , and i don't know why . mungkin sebab kami melunjur kaki macam tu . nampak sama je semua . 


guys and girls , believe me . pecayalah cakap aku yang bebudak lelaki ni lagi gila gambar berbanding kami yang perempuan . lagi-lagi yang dah depa tangan tu . eh , bukan dia je . semua la , senang cerita . kalau tak percaya , tengoklah lagi ni .



nampak ? apa pun , korang memang happening . 

saranghae versi duduk ^_^

atas jalan pun boleh .. 



kat sini la tempat yang kitorang dapat kenangan yang tak disangka . sebab kena marah ! tengah seronok-seronok ambik gambar , boleh pulak kena sound . dia kata , tak boleh ambik gambar kat situ . kenapa ? tapi kisah pulak kan . nasib baik dah last pic . so , dengan selambanya kami teruskan je walaupun orang tu dah marah tahap nak bagi penyepak je aku rasa . lepas ambik gambar , terus cepat-cepat lari . konon-konon takut kena kejar , haha . and so , the photoshoot ended just like that . malam , we had some farewell party . makan-makan , spent time together , create unforgotten memories , share the last moments together . 




tunggu masa je nak tiup lilin atas kek perpisahan tu . awhh , how hard it is to describe in words . macam-macam perasaan sepanjang moment sehari tu . walaupun luaran nampak biasa je kan . tapi hati siapa yang tau . i admit , aku jenis orang yang tak pandai nak express perasaan aku dengan kata-kata . aku rasa benda tu susah sangat aku nak buat . walaupun aku sayaaangg korang semua , tapi aku tak mampu nak cakap . i don't know why . 

hari ni , sorang demi sorang dah balik . at first , Ila . and just now , Ecah . masa aku tengok diorang balik , aku rasa biasa je . just like , 'bye , see you soon' . but once i'm left alone , baru aku rasa . sunyinya . selalunya , aku akan pergi salah satu antara bilik diorang . tapi sekarang , aku nak pergi bilik siapa ? sem depan ? that time baru aku rasa . sunyi . sepi . yang aku mampu tengok , bilik diorang yang dah kosong . baru aku rasa sedih yang amat . kadang-kadang aku rasa , kenapa perasaan ni tak nak timbul masa aku tengok diorang balik tadi ? kenapa baru sekarang ? but then , tak apalah . mungkin ada rezeki , ada jodoh , jumpa lagi . walau macam mana sekalipun , kawan tu jugak la tempat kita gaduh , bergurau senda , mengadu nasib , sama-sama menangis bila hati dah tak mampu tanggung rasa sakit . 

entri kali ni memang sengaja aku lebihkan gambar . aku tak mampu nak describe by words . so , here it is . aku rasa gambar dah cukup nak menggambarkan segalanya . walaupun tak ramai berbanding jumlah masa semester 1 , but it is indeed crazy . sangat happening . thanks for you guys who made the day . ada masa kita jumpa lagi . walaupun aku bukan final semester , tapi perpisahan dah pun terjadi untuk mereka yang dah final year . walau macam mana pun , kita kena berbalik jugak pada lumrah hidup yang setiap pertemuan tu pasti akan ada perpisahan . bye . 

Thank you for reading this entry !

Monday, June 17, 2013

entri tanpa tajuk

ASSALAMUALAIKUM ..

aku masih dalam mood exam . tapi disebabkan gap yang sangat panjang just untuk habiskan lagi dua paper je , so tak salah rasanya kalau aku ambil sikit masa yang terluang tu untuk belog kesayangan aku ni kan . sebenarnya tak ada sangat pun nak cerita . cuma tetiba je rasa macam perlu je kan nak update belog ni . saja nak buang masa sikit . eh , boleh kan ? heeeeeeee

examss . as you know , aku ada lagi two more papers to go . tu pun gap dia sampai 10 hari . itu gap 10 hari . yang lain , ada yang dah habis exam pun . and day by day , one by one dah mula sorong bag balik kampung . tapi aku kat sini masih menghabiskan sisa-sisa hari yang tinggal untuk sem ni je . 

Purchasing & Supplier Chain Management - 5/6
Project Management - 10/6
Construction Technology - 16/6
Engineering Economy - 26/6
Environmental Engineering & Management - 27/6

3 paper dah selamat . kau tengok aku start exam 5 haribulan right . agak-agak apa perasaan kau eh kalau kau baru habis satu paper on that day , tup-tup kau balik exam then kau online FB ada orang post and cakap :

"DONE MY EXAMINATION FOR THIS SEMESTER !"

what the fish ? exam baru start 4 hari . and aku baru start exam on that day . tetiba je kau dah habis exam ? daebak ! kental kau eh . confirm berderet kau punya jadual . tapi untung la kan dapat balik awal . tak macam aku . dahlah start lambat , habis pun gila lambat . right on the last day of exam . dugaan . and malam tu jugak aku balik . mana boleh tunggu lama-lama lagi . sampai rumah esoknya , no rehat-rehat lagi dah . kena work for 3 days non stop . tapi , its not really work pun la . just kerja-kerja kat rumah pun . sebab apa ? my bro punya wedding . yang tu nanti-nanti aku cerita . malas nak cerita sekarang . 

after exam semalam , aku ada attend satu talk ni . it's about my final project for next semester . first impression , susah ! it's like thesis , but tak serumit and se'complicated' as thesis . but still , susah for me . but not only for me i guess , sebab all my coursemates pun think the same thing . 

1. one project report for one student .
2. all reports and presentation must be in English .
3. concept for title is first come first serve
and i chose construction field . 

eh , cukuplah ni . tetiba rasa macam malas pulak nak taip banyak-banyak . kalau rajin , nanti aku update lagi . wait for a few more days . kalau rajinlah ! anyway , wish me luck for my upcoming exams . okbai .


Thank you for reading this entry !

Wednesday, June 05, 2013

exam mood on

ASSALAMUALAIKUM ..

sekarang ni aku tengah minggu exam . so , nak update entry baru pun rasa macam malas . tapi kalau terupdate jugak maknanya aku tengah rajin and tengah menghabiskan masa yang sepatutnya aku kena study untuk final ni . nak kata aku ni rajin study , tak jugak . malas gila baq hang . selagi tak dekat gap untuk next exam , selagi tu la aku sambil lewa je . teruk kan aku ? teruk sangat-sangat . lepas tu , bila dah keluar dewan , rasa macam susah nak jawab soalan-soalan tu mula la rasa menyesal . penyesalan yang dah terlambat . teruknya aku ni . tapi itu kalau aku tengah malas . kalau aku dah rajin gila , memang tak toleh kiri kanan dah . mata aku ni memang fully focus on the notes je . bagus tak bagus . bhahaha . 

so , untuk exam kali ni baru satu paper aku yang dah lepas which is petang tadi . ada 4 more to go . nampak macam sikit . tapi disebabkan gap yang panjang untuk every paper tu jadilah aku habis exam 27 jun nanti . lama tak lama ? jenuh la aku duk menghitung hari nak balik kalau macam ni . blok dah sunyi pun aku masih bertapa kat sini lagi . kalau la habis exam awal , boleh balik awal , boleh rehat awal . semuanya awal . tapi kalaulah kan . hakikatnya sekarang ni exam aku habis hujung bulan ! terimalah kenyataan . 

anyway , the only exam yang aku dah lepas petang tadi is Purchasing and Supplier Chain Management . ada yang kata bidang purchasing ni senang . ada jugak yang kata bidang ni susah . tapi , based on my seniors experience , diorang struggle gila kalau dah masuk kat bidang ni . ada yang sampai jadi kurus gila bila diorang praktikal kat bahagian purchasing . tu aku dengar cerita dari lecturer aku sendiri tau . bukannya aku suka-suka saja-saja je reka cerita . macam tak ada kerja lain je aku nak buat kan duk reka-reka cerita untuk takutkan orang . tapi siapa yang rasa dah cukup tough tu boleh la apply untuk bidang purchasing ni . 

preparation untuk exam purchasing ni ? tak tau la aku nak cakap macam mana . sebabnya , too much notes untuk dibaca sebab biasanya kami akan dapat tips for final exam . tapi kali ni tak ada pun . eventhough preparation dah dibuat dalam lebih kurang 3 or 4 days before exam lagi , but macam tak prepare pun . kami dah study sama-sama , revise sama-sama . at the end , tawakal je la . berserah . bila dah last minute macam tu , tak ada apa yang boleh dibuat . just tawakal and tunggu je la result nanti macam mana . nampak ? ayat macam orang dah pasrah habis kan ? 


tu dah bercakap pasal paper . yang ni aku nak membebel pulak pasal tidur . kalau dah musim exam ni , mulalah waktu tidur aku tak menentu . kadang-kadang berjaga malam , pagi tidur . kadang-kadang dah tidur malam , siang asyik nak tidur je . and guys , please jangan follow habit macam ni . tak bagus untuk korang . aku kalau boleh pun nak waktu tidur yang perfect . tapi , bila hati dah tak tenteram asyik dok ingat exam je macam mana nak tidur dengan tenang . kadang-kadang tu tidur pun sampai peluk buku . acane tu ? tapi kes ni cuma jadi bila esoknya nak exam . kalau tak , tidur aku peluk bantal . haha . 

eh , dah cukup rasanya aku membebel . malas la nak taip panjang-panjang . nak entry panjang-panjang tunggu aku habis exam . eh , kalau perasan blog aku dah tak ada lagu . aku dah remove . so , boleh baca dengan tenangnya lepas ni . okbai .

Thank you for reading this entry !


pssst : tengah fikir , baju apa aku nak pakai untuk next exam . (^_^)

Friday, May 31, 2013

.tingkatan berapa?.

ASSALAMUALAIKUM & hey ..

"adik sekolah tingkatan berapa?"

"eh, adik tak sekolah ke hari ni?"

"tengok adik ni macam baru 18 tahun je."

hai ollss . ni bukan propaganda aku dan ni juga bukan cerita dongeng rekaan aku sendiri tau . ni fakta daripada few people yang dah judge aku by how i look . depa dok kata la kan yang aku ni macam budak sekolah . serius ni weh . aku tak main-main . it's not everytime , tapi kerap jugak la kan orang ingat aku ni masih sekolah lagi . tengok je dialog-dialog kat atas tu agak-agak apa yang kau rasa kalau tetiba je ada orang tanya kau macam tu ? terkejut tak , terkejut tak ? kalau aku , terkejut jugak la at the first time . nak jawab pun macam nak tak nak je . pernah sekali tu , ada orang tanya aku , "tak sekolah ke hari ni ?" . sekolah ? tapi dengan selambanya aku jawab , "tak, ponteng." jahat tak jahat aku tipu orang . bhahaha .

tapi , lama-lama macam dah lali . tak kisah pun kalau tetiba ada orang terjah aku dengan soalan macam tu . kata orang , alah bisa tegal biasa . eh , ada kaitan ke ? ah , lantak . and , benda yang sama juga terjadi baru-baru ni . masa tu , aku nak pegi lawatan company dengan coursemate aku . sebelum tu , singgah pegi breakfast dulu , then nampak pulak ada pasar lambak . masa aku tengah tengok-tengok baju tu la akak yang jaga gerai baju tu tanya-tanya kitorang belajar kat mana , siap tanya umur lagi . so , kitorang cakap je la umur dah 23 tahun . dia macam tak percaya . dia siap cakap macam ni lagi kat aku .

"adik ni umur berapa?"

"23 tahun,kak"

"tak macam 23 tahun pun . macam 18 tahun je tengok."

dear readers , tolonglah percaya yang semua tu bukan ayat rekaan . memang betul and real punya . cuma mungkin berubah sikit ayatnya sebab manalah aku nak ingat sangat kan . so , aku tukar-tukar la sikit kan , but still isinya tetap sama . bila dia cakap tu , aku macam nak suka , macam tak percaya , and macam-macam lagilah . konon-konon macam awet muda gitu kan . eh ? kadang-kadang aku pelik jugak sebenarnya . kenapa ramai yang ingat aku ni macam budak sekolah lagi . padahal , aku dah 23 tahun ok . 23 TAHUN . hah , hambik kau bagi capslock sikit . umur macam ni kalau zaman dulu dah beranak-pinak tau . eh , kaitan ?

mungkin ramai yang judge aku ni budak sekolah sebab aku ni kecik . maybe ? nak tau , tinggi aku 152cm je . pastu kan , berat aku 44kg . ha .. berat tak aku ? 


gambar ni je orang dah cakap yang aku ni macam budak kecik . kadang-kadang kalau orang tanya lagi kan , aku jawab je , "kecik itu comel" . eh , korang yang dah baca entry ni kalau boleh komen sikit . okbai .

Thank you for reading this entry !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...