About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Monday, November 04, 2013

Review Novel #1 : Kekasihku Mutan by Roman Buku

ASSALAMUALAIKUM

sebenarnya aku ni memang pemalas nak update belog . aku malas nak update pun bukan sebab apa . line internet tak ok @ macam siput sedut . kadang-2 tak dapat line langsung . sebab tu kadang-2 kalau idea mencurah-curah pun , aku jadi terbantut nak update new entry . ok , aku tak nak bebel panjang-2 pasal masalah 'negara' aku ni . entry kali ni aku nak cerita sikit or dalam erti kata lain nak review sikit pasal latest novel yang aku dah baca . 

Kekasihku Mutan

bagi aku , novel ni menarik ! sebab ada tanda seru ? sebab bagi aku memang best . walaupun sesetengah orang mungkin akan cakap yang novel ni mengarut sikit tapi , bagi aku dah cukup best .kisah yang dipaparkan dalam novel ni memang lain sikit . bagi yang tak tau lagi pasal novel ni , baca dulu sinopsisnya ni .

"Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen.Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun kedunia lakonan.
Dalam kemasyhuran,seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.
Siapa Adib sebenarnya?Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak  terhalang."
now , aku nak ulas sikit pasal novel ni . bagi aku , gaya penceritaan yang simple dan menarik . lagipun , konflik tak berat sangat . senang nak faham & tak berbelit-belit . so far , aku suka dengan novel ni . seriously aku cakap , mula-2 aku nampak novel ni aku dah rasa nak beli .cover novel ni pun dah buat aku tertarik nak beli . jalan cerita pun best . aku rasa memang akan ada orang yang akan kata yang novel ni mengarut . tak logik . tapi ok what . nama pun fiksyen . mesti la penuh dengan imaginasi . aku pulak memang baru nak berjinak-jinak dengan novel-2 dalam kategori ni . sebelum ni asyik dengan novel cinta yang jalan cerita dia yang kebanyakannya lebih kurang sama je . so , memang aku boleh terima . kira aku nak tukar angin sekejap la .

ok , that's all komen aku untuk novel ni . korang yang tak beli lagi , bolehlah beli dari kedai-2 buku yang ada jual novel-2 macam ni sebab tak semua kedai buku yang jual buku-2 terbitan ni . pada yang belum beli , selamat mencari . pada yang dah beli tu , selamat membaca . pada yang dah baca pulak , amacam ? best tak ? share sikit ..

Thank you for reading this entry !

6 comments:

  1. cantiknya perempuan kat cover tu , hehe . baca sinopsis dah tau dah mesti best xD

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah! :) Saya pun dah baca novel ni. Kalau nak baca review saya pula, klik link kat bawah. :)

    http://wanariahamiza.blogspot.com/2013/11/kekasihku-mutan.html?showComment=1383805780533#c9006652537536327858

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah ..
      best kan novel ni ?
      tapi compare to your review dengan sy punya review memang jauh beza ..
      huhu , saya tak pandai sangat buat review novel .. ^_^

      Delete
    2. Haha. Review is based on readers. So, memang akan berbeza-beza review setiap pembaca. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...