About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Thursday, May 23, 2013

.cerita biru dan aku.

ASSALAMUALAIKUM & hey ..

aku suka sangat warna biru . kalau tak nampak warna biru dalam satu hari macam tak lengkap hidup aku . kalau nak beli apa-apa pun , mesti aku akan pilih barang yang warna biru . senang cakap , kalau tak ada warna biru memang tak sah . unless , kalau dah tak ada sangat baru aku akan pilih warna lain . tak kisahlah . yang penting barang yang aku nak tu tetap dapat walaupun bukan warna biru . tapi walau macam mana pun , biru tetap nombor satu .

mesti ada orang yang akan pelik kan . aku ni perempuan , tapi kenapa suka sangat warna biru ? biru tu kan biasanya warna untuk orang lelaki . tapi , tu biasanya kan ? bukan sepatutnya kan ? so , tak kisahlah kalau aku suka warna biru pun . kan ? kan ? kan ? aku tetap suka sangat warna biru . 

"kenapa biru ? kenapa bukan pink ?"

ni satu soalan yang tak boleh blah . tak semua perempuan suka warna pink tau . aku ni pun bukannya suka sangat warna pink . macam girlish sangat bagi aku . eh , siapa yang suka warna pink tu jangan marah kat aku pulak tau . aku just cakap berdasarkan apa yang aku rasa . korang jangan marah ae . hehe . warna biru ni boleh buat kita rasa tenang je tau . lagi-lagi wrna biru lembut . kalau tengok warna ni , terus rasa macam cool je , relax je . 

then , kalau aku jalan-jalan tu kan , nampak barang-barang cute and cantik warna biru terus mulut aku cakap , "cantiknya!" . walaupun dikelilingi warna pink yang sangat banyak , warna biru yang satu tu la yang aku nampak dulu . hish , memang tak boleh la kalau tak ada warna biru ni . walau sikit mesti nak ada jugak . kalau aku ke mana-mana pun , mesti warna biru and tema biru tu tetap ada . takkan pernah tak ada . contohnya macam ni .


heee .. baju aku warna biru . phone aku pun ada warna biru sikit kat tepi tu . nampak kan ? warna biru takkan pernah lari dari hidup aku . tak payah nak persoalkan gambar ni kat mana . aku malas nak jwab . boleh gitu ? heee .. but wait , tu baru satu gambar . ada lagi gambar aku dan biru . 


"whoops ! warna biru la . cantiknya !"

itu antara reaksi aku bila nampak biru . cantik sangat background tu . kalau dah biru , for sure aku takkan lepaskan peluang untuk snap picture . circles tu buat ianya nampak lebih menarik sangat-sangat . 


it's blue again . ni gambar masa kursus protokol yang aku pergi minggu lepas . oh my biru , kau takkan pergi jauh dari aku . 


ni antara gambar favourite aku . konon fefeeling comel dengan peluk bantal ulat and keliling cute bears gitu kan . macam omel angat ! eh , takpe kan aku puji diri sendiri ? kalau tak , siapa lagi nak puji kan .. bhahaha .


ok , last one . ni gambar masa aku holiday . nampak ? pergi holiday pun tetap dengan warna biru . kan aku dah cakap dah . aku sukaaaaa sangat warna biru . kalau ikutkan , aku sentiasa ada je dengan warna biru . cuma yang membezakan ada gambar and tak ada gambar je . see , mandi pantai pun dengan kemeja warna biru . kau ada ? haha . warna biru takkan pernah jauh dari aku . warna biru takkan pernah hilang dari aku . sebab aku takkan pernah bosan dengan warna biru .

Thank you for reading this entry !

3 comments:

  1. heee . saya pun suka warna biru . dulu minat pink , now biru pulak . btw , biru memang COMEL !

    do visit my bluewish blog http://alieyaeryanazamri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kan? warna biru tu sangat cool.
    and, sy setuju. biru memang COMEL ! ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...