About Me

My photo
call me fadh , March '90 , Johorean , UUM , Bachelor of Technology Management (Hons.)

Friday, May 31, 2013

.tingkatan berapa?.

ASSALAMUALAIKUM & hey ..

"adik sekolah tingkatan berapa?"

"eh, adik tak sekolah ke hari ni?"

"tengok adik ni macam baru 18 tahun je."

hai ollss . ni bukan propaganda aku dan ni juga bukan cerita dongeng rekaan aku sendiri tau . ni fakta daripada few people yang dah judge aku by how i look . depa dok kata la kan yang aku ni macam budak sekolah . serius ni weh . aku tak main-main . it's not everytime , tapi kerap jugak la kan orang ingat aku ni masih sekolah lagi . tengok je dialog-dialog kat atas tu agak-agak apa yang kau rasa kalau tetiba je ada orang tanya kau macam tu ? terkejut tak , terkejut tak ? kalau aku , terkejut jugak la at the first time . nak jawab pun macam nak tak nak je . pernah sekali tu , ada orang tanya aku , "tak sekolah ke hari ni ?" . sekolah ? tapi dengan selambanya aku jawab , "tak, ponteng." jahat tak jahat aku tipu orang . bhahaha .

tapi , lama-lama macam dah lali . tak kisah pun kalau tetiba ada orang terjah aku dengan soalan macam tu . kata orang , alah bisa tegal biasa . eh , ada kaitan ke ? ah , lantak . and , benda yang sama juga terjadi baru-baru ni . masa tu , aku nak pegi lawatan company dengan coursemate aku . sebelum tu , singgah pegi breakfast dulu , then nampak pulak ada pasar lambak . masa aku tengah tengok-tengok baju tu la akak yang jaga gerai baju tu tanya-tanya kitorang belajar kat mana , siap tanya umur lagi . so , kitorang cakap je la umur dah 23 tahun . dia macam tak percaya . dia siap cakap macam ni lagi kat aku .

"adik ni umur berapa?"

"23 tahun,kak"

"tak macam 23 tahun pun . macam 18 tahun je tengok."

dear readers , tolonglah percaya yang semua tu bukan ayat rekaan . memang betul and real punya . cuma mungkin berubah sikit ayatnya sebab manalah aku nak ingat sangat kan . so , aku tukar-tukar la sikit kan , but still isinya tetap sama . bila dia cakap tu , aku macam nak suka , macam tak percaya , and macam-macam lagilah . konon-konon macam awet muda gitu kan . eh ? kadang-kadang aku pelik jugak sebenarnya . kenapa ramai yang ingat aku ni macam budak sekolah lagi . padahal , aku dah 23 tahun ok . 23 TAHUN . hah , hambik kau bagi capslock sikit . umur macam ni kalau zaman dulu dah beranak-pinak tau . eh , kaitan ?

mungkin ramai yang judge aku ni budak sekolah sebab aku ni kecik . maybe ? nak tau , tinggi aku 152cm je . pastu kan , berat aku 44kg . ha .. berat tak aku ? 


gambar ni je orang dah cakap yang aku ni macam budak kecik . kadang-kadang kalau orang tanya lagi kan , aku jawab je , "kecik itu comel" . eh , korang yang dah baca entry ni kalau boleh komen sikit . okbai .

Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. betul, kecik tu comel. klu sy pulak org igt dah form 4 form 5. oh tidak!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan? eh, berapa dah umur kamu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...